BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M

BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M
link : BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M

Baca juga


BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh Zin Mahmud 

Menjelang pilihan raya umum (PRU) pada 1986, pengulas di pihak pembangkang ketika berseminar atau berforum di kalangan mereka sering menyebut mengenai kuasa “3M”.

Pada masa itu, saya bekerja dengan akhbar pro-kerajaan, tetapi sering hadir dalam acara pembangkang.

Apa yang dimaksudkan dengan 3M ialah “money, media and machinery”, atau wang, media dan jentera.

Apa yang dikatakan dengan wang ialah dana mencukupi untuk membiayai kempen pilihan raya, baik sebelum penamaan calon atau selepasnya. Media ialah saluran maklumat kepada pengundi. Jentera merujuk pada organisasi aktivis yang bergerak dalam kempen berkenaan.

Maka andaian yang dibuat oleh pembangkang ialah sesiapa yang menguasai 3M ini, mereka akan menang PRU dan terus dapat memerintah.

Sejak merdeka, Umno melalui Perikatan dan Barisan Nasional (BN) sentiasa dapat menguasai 3M ini, dan ia terus memenangi pilihan raya. Parti pembangkang tidak berpeluang langsung.

Tetapi pada 1986, pengulas di pihak pembangkang juga menyebut satu lagi “M” yang memberi kemenangan besar pada BN. “M” yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang mempunyai kepimpinan jitu dan mendapat sokongan popular rakyat. Pihak pembangkang tidak memiliki sosok setanding.

3M masih relevan?

Itu adalah keadaan lebih 30 dahulu. Adakah peranan 3M itu masih relevan hari ini?

Kalau dulu, dana BN adalah jauh lebih besar berbanding dengan pembangkang. Selain daripada menggunakan kemudahan peruntukan kerajaan untuk projek awam dengan nilai imejnya menguntungkan BN, gabungan parti itu juga memiliki dana masing-masing.

Kedudukan kewangan parti komponen utama BN adalah kuat. Umno, MCA dan MIC bukan saja memiliki bangunan dan harta, tetapi mereka turut memiliki syarikat proksi yang boleh menyumbang pada dana pilihan raya.

Media dan jentera 1986

Pada masa itu, pembangkang utama di Semenanjung Malaysia terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). PAS mengharapkan derma orang ramai sementara DAP memperoleh sumbangan yang amat terhad. PSRM boleh dikira sebagai tidak mempunyai wang.
Sementara media pula merujuk pada radio, televisyen dan akhbar. Tidak ada lain. Kesemua stesen radio dimiliki oleh kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ketika itu terdapat 3 saluran televisyen saja iaitu TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh RTM dan TV3 yang dipunyai oleh syarikat berkaitan Umno.

Sementara akhbar utama negara, Utusan Malaysia, Berita Harian dan The New Straits Times juga dimiliki oleh syarikat berkaitan Umno. The Star pula adalah milik syarikat berkaitan MCA. Penguasaan BN ke atas media adalah mutlak.

Jentera pilihan raya BN juga menyeluruh. Melalui kerajaan yang dikuasai, agensi awam terutama yang berperanan di luar bandar boleh digunakan untuk kepentingan pilihan raya BN.


Pada 1986, BN menguasai kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri. Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menang pilihan raya negeri pada Mei 1986 menyertai BN menjelang PRU yang diadakan pada bulan Ogos. Maka keadaan ini memudahkan jentera pilihan raya parti itu.

Namun di peringkat parti juga, umpamanya Umno negeri, bahagian dan cawangan boleh digerakkan secara cekap untuk tujuan kempen pilihan raya. Lebih-lebih lagi peranan besar Wanita Umno yang mampu mendapatkan undi dari orang perempuan Melayu bagi memenangkan calon BN.

3M menjelang PRU14

Sekarang cuba perhatikan keadaan 3M menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum atau pada 24 Ogos 2018
.
Dari segi dana, BN ternyata bukan saja masih kuat tetapi dari segi jumlah wang yang terlibat adalah dipercayai jauh lebih besar berbanding 1986.

Melihat pada jumlah wang yang dibelanjakan pada PRU ke-13, maka dipercayai untuk akan datang, dananya lebih besar. Umno juga mempunyai syarikat berkaitan dengannya lebih banyak berbanding tahun 1986.

Tetapi berbanding dengan tahun 1986, kali ini BN tidak menguasai 3 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Maka kerajaan negeri Pakatan Harapan dan PAS mempunyai akses kepada peruntukan negeri, sesuatu yang tidak dimiliki oleh PAS, DAP dan PSRM pada 1986.

Namun begitu ketika mana syarikat boleh menyumbang dana pada BN, perkara yang sama sukar untuk dilakukan terhadap parti pembangkang. Mereka mungkin menerima tekanan untuk tidak memberi sumbangan kepada parti pembangkang terutama PPBM dan Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh bekas ahli Umno.

Sumber dana yang diperoleh PKR, DAP dan Amanah mungkin juga mengalami halangan.

Media PRU ke-14

Tetapi dalam hal media pula, keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Kini terdapat banyak saluran radio yang dimiliki swasta. Walaupun kebanyakan stesen radio adalah berbentuk hiburan tetapi ada juga yang boleh menyampaikan maklumat yang berimbang, walaupun pendengarnya terhad seperti BFM.

Televisyen juga membunyai banyak saluran. Sebahagian besar saluran dimiliki oleh sebuah syarikat berkaitan dengan Umno. TV Hijrah dimiliki syarikat berkaitan dengan jabatan kerajaan. Astro adalah bebas tetapi tentunya perlu menjaga kedudukannya kerana mereka juga perlukan lesen daripada kerajaan.

Akhbar utama tetap dimiliki oleh syarikat berkaitan parti parti komponen BN. Berbanding 1986, pembangkang mempunyai akhbar parti iaitu Rocket, Harakah, Suara Keadilan dan Warta Amanah. Tetapi ia hanya dibenarkan oleh kerajaan untuk diedar kepada ahli parti. Tetapi kini edaran dan pengaruh akhbar sudah amat kecil berbanding ketika tahun 1986.

Media berpengaruh adalah media sosial terutamanya Twitter, Facebook, kumpulan WhatsApp dan Instagram. Ia disemarakkan dengan blog, YouTube, portal berita dan laman web.

Maknanya ia mendedahkan pengundi kepada berita yang pelbagai ragam serta sukar untuk ditapis.

Namun parti pemerintah masih mempunyai kelebihan. Ruang siber terdedah kepada berita palsu. Kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan boleh menyebar berita palsu.

BN yang memiliki dana besar pula mampu mengupah cybertroopers yang boleh mencorak aliran maklumat dalam media sosial. Ditambah pula dengan kawalan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM).

Dari segi jentera pula, berbanding pada 1986, kini Umno mempunyai Puteri Umno yang menguatkan usaha kempen parti itu. Namun Umno mengalami cabaran lain apabila sebahagian anggota parti itu menyertai PPBM.

Tetapi pada waktu sama, PAS yang selama ini dianggap mempunyai jentera pilihan raya terbaik di kalangan pihak pembangkang berkemungkinan bertindak mesra bersama Umno, yang sudah tentu menjejaskan pihak pembangkang. Namun begitu, sebahagian aktivis penting PAS kini menyertai Amanah.

Selain 3M itu, “M” ke-4 kini bersama pembangkang melalui PPBM yang menyertai Pakatan Harapan. Dengan usia 92 tahun dan berada di pihak pembangkang, tentulah Dr Mahathir tidaklah mempunyai pengaruh sekuat dulu.

Kalau pada 1986, Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama mempertahankan kerajaan BN, kini kedua-duanya pula berada dalam Pakatan Harapan untuk menentang parti lama mereka.
BN masih menguasai 3M tetapi pengaruhnya tidaklah sekuat seperti pada 1986. Natijahnya akan hanya diketahui pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

* Zin Mahmud ialah bekas pengarang kanan Kumpulan Utusan.



Demikianlah Artikel BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M

Sekianlah artikel BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN bertanding dengan 3M lagi, selepas tolak 1M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/bn-bertanding-dengan-3m-lagi-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: