DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng

DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng
link : DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng

Baca juga


DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng





DAP bertegas tidak mahu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu sehingga mereka bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).



CEC dalam satu kenyataan berkata, ‘soal pemilihan semula tidak berbangkit’ sebagai hasil keputusan mesyuarat selama dua jam pada Sabtu.

“DAP akan mengadakan pertemuan dengan RoS sebaik sahaja kami menerima surat daripada RoS untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar mereka.

“DAP menegaskan bahawa pemilihan semula telah diadakan mengikut arahan RoS dalam surat mereka bertarikh 30 Julai 2013. Oleh itu, isu pemilihan baharu tidak timbul.

“Namun kami bersedia untuk bertemu RoS untuk membincangkan mengenai perkara itu dengan lebih lanjut,” kata Guan Eng yang membaca kenyataan CEC pada sidang media pada Sabtu.

DAP berkata mereka terkejut dengan kenyataan RoS yang tidak mengiktiraf pemilihan semula itu empat tahun lalu.

“Mengeluarkan kenyataan begini selepas empat tahun bertujuan melumpuhkan pentadbiran parti dan menjejaskan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kami masih belum menerima surat rasmi daripada RoS yang memaklumkan mengenai keputusan itu kepada kami,” katanya.

Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluarkan kenyataan meminta parti itu mengadakan semula pemilihan CEC.

Mohammad Razin berkata, ini kerana ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf ROS.

Dalam reaksi segera, penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Ros itu sebagai paling tidak masuk akal.

“Paling tak masuk akal,” kata Kit Siang menerusi Twitternya pada Jumaat



Demikianlah Artikel DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng

Sekianlah artikel DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Tidak Mahu Adakan Pemilihan CEC Yang Baharu – Guan Eng dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/dap-tidak-mahu-adakan-pemilihan-cec.html

Subscribe to receive free email updates: