Judul : 'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib'
link : 'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib'
'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib'
MALAYSIA DATELINESikap pemimpin Pas yang memandang jijik terhadap DAP tapi berdiam diri dalam isu 1MDB sangat menghairankan, kata ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
Beliau berkata, sesetengah pemimpin Pas berhempas pulas mengeksploitasi kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyokong Datuk Husam Musa sebagai calon menteri besar Kelantan, tapi tidak pula bersuara mengenai skandal 1MDB.
"Bila baca, lihat dan dengar kritikan mereka kepada Lim Kit Siang dan DAP, jijik betul mereka pandang DAP tapi tak pula kita baca, lihat dan dengar kejijikan mereka kepada skandal 1MDB dan pemimpin serta parti Melayu yang terpalit dengan skandal busuk dan hancing 1MDB. Apakah mereka dah dicabut deria rasa?" tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Amanah Nasional berkata, walaupun DAP langsung tidak terlibat dalam skandal 1MDB tetapi kerana digerakkan oleh ramai orang bukan Melayu, mereka dibenci Pas.
"DAP langsung tak terbabit walau sekelumit dengan skandal busuk 1MDB tapi sebab DAP didukung oleh ramai bukan Melayu mereka dibenci sebegitu rupa. Dulu anti assobiyyah sekarang dah boleh peluk dan cium assobiyyah!" tempelaknya.
Beliau berkata, sikap Pas sekarang jauh berbeza dengan sikap toleransi yang diamalkan bekas Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap orang bukan Islam.
"Yang nak tergelak mereka lupa masa Lim Kit Siang dan DAP ziarah Presiden mereka masa jadi menteri besar Terengganu dulu presiden mereka yang peluk Kit Siang sekarang peluk orangg lain.
"Bezanya dengan akhlak almarhum Tok Guru Nik Aziz, berkunjung ke rumah Karpal Singh dan bawa kek hari jadi untuk Mr Karpal," katanya.
Demikianlah Artikel 'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib'
Sekianlah artikel 'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Jijik pandang DAP tapi tak jijik skandal 1MDB, pelik dan ajaib' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/jijik-pandang-dap-tapi-tak-jijik.html