Judul : Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin
link : Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin
Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali tidak melihat teguran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditujukan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar pada 17 Jun membuat teguran terhadap sikap PPBM yang cuba mendominasi struktur organisasi Pakatan Harapan (PH), daripada tirai besi di Penjara Sungai Buloh.
Teguran itu dibuatnya selepas PPBM dikatakan cuba membolot jawatan penting seperti Pengerusi dan Presiden dalam PH.
"Beliau (Anwar) tidak merujuk mana-mana individu kerana sudah tentu sebagai parti dan gerakan reformasi kita mahu struktur baru dan tidak terikut-ikut dengan cara Barisan Nasional (BN) yang telah lapuk.
"Saya tidak mahu menafikan peranan mana-mana individu. Dan sebenarnya mereka telah berikan sumbangan lebih besar ke arah perubahan dalam PRU14. Sekarang kita hendak gabungkan semua kekuatan yang ada secara inklusif," katanya kepada media ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Pandan Indah, petang tadi.
PH hingga kini masih belum memuktamadkan struktur organisasinya.
Bahkan, terdapat media yang melaporkan PH kini bertegang urat sesama mereka berikutan tidak berpuas hati dengan cadangan yang diusulkan PPBM.
PPBM dikatakan mencadangkan Anwar dinamakan sebagai Penasihat PH, sementara Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing dinamakan pengerusi dan timbalan pengerusi PH.
Parti itu juga dikatakan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Azmin sebagai presiden dan timbalan presiden PH.
Bagaimanapun PPBM, melalui timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan media itu.
Susulan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil dan menyatakan persetujuan jika Dr Mahathir diberi peranan penting dalam PH namun menolak untuk PPBM terlalu menguasai gagasan itu.
Guan Eng juga menegaskan DAP tetap mahukan Anwar sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, jika mereka memenangi pilihan raya akan datang.
Sokongan kepada Anwar itu diutarakan Guan Eng selepas Anwar mengumumkan untuk menarik diri daripada dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri, selain menolak penguasaan PPBM dalam PH.
Pun begitu, Anwar bersetuju jika Dr Mahathir diberikan peranan sewajarnya dalam PH.
Sementara itu Azmin yang juga Menteri Besar Selangor memaklumkan PH pada ketika masih lagi membincangkan struktur kepimpinan gabungan pembangkang itu sebelum diumumkan kelak.
"Saya tidak terlibat dalam mesyuarat lepas kerana berada di Mekah mengerjakan Umrah. Bagaimanapun saya dimaklumkan Presiden parti bahawa proses perbincangan berjalan baik dan lancar. Cuma kita perlu perkemas sedikit sahaja lagi kerana pada masa sama kita mahu fokus memastikan semua perbincangan ke arah PRU14 itu juga berjalan baik dan lancar.
"Saya kira sekarang mood raya masih ada jadi pimpinan masih ada dikawasan masing untuk bersama-sama menyantuni rakyat. Selesai syawal nanti kita boleh kemukakan struktur yang jelas termasuk perkara-perkara berkaitan PRU14," ujarnya lagi.
Demikianlah Artikel Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin
Sekianlah artikel Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teguran Anwar bukan untuk Tun Mahathir, kata Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/teguran-anwar-bukan-untuk-tun-mahathir.html