Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan

Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan
link : Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan

Baca juga


Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor seharusnya menyambut baik perhatian yang diberikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terhadap masalah perumahan di negeri itu.
 
Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Syukur Idrus berkata kerajaan negeri harus akur masih banyak masalah perumahan khususnya pangsapuri, flat atau apartment yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
 
Kerajaan negeri melalui Exconya, Datuk Iskandar Samad sebelum ini mempersoalkan mengapa Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar tidak berlaku adil dan hanya menumpukan perhatian menyelesaikan masalah perumahan di Selangor walhal tidak berbuat demikian di negeri lain.
 
"Mengapa kerajaan negeri harus rasa gusar dan ragu. Sepatutnya mereka rasa bersyukur kerana KPKT mengutamakan negeri Selangor dalam usaha untuk kesejahteraan rakyat di bandar. 
 
"Kerajaan negeri kalau rasakan mereka nak berusaha untuk sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan usaha membela rakyat di bandar, silakan. Mulakan dari sekarang," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Iskandar dalam kenyataan medianya sebelum ini menyifatkan Noh sebagai tidak profesional dan tidak adil kepada negeri lain, berikutan hanya meluluskan dana untuk kegunaan rakyat Selangor sahaja.
 
ADUN Chempaka itu juga berkata sikap Noh yang selalu melakukan konfrantasi seolah-olah kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat.
 
Beliau juga mengugut untuk menimbang semula keistimewaan yang diberikan kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan bagi membina Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Selangor.
 
Mengulas lanjut, Shukor berkata Iskandar perlu akur bahawa perumahan bertingkat serta kos rendah banyak didirikan di negeri itu, justeru Noh tidak boleh lepas tangan,melainkan menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. 
 
"Kebetulan banyak kawasan perumahan kos rendah ini dalam negeri Selangor. Beliau terpanggil untuk menjaga dan membela dalam negeri kelahiran beliau.
 
"Bukan di Selangor sahaja Tan Sri dah lakukan, negeri lain pun dilakukan benda yang sama. Cuma, disini dilihat begitu agresif. Tak salah dia nak agresif di negeri kelahiran dia dan nak tunjuk terima kasih kepada pada kerajaan Pusat kerana berikan beliau jawatan sebagai Menteri KPKT," tambahnya.
 
Untuk rekod, Noh akhir-akhir ini meluluskan jutaan ringgit dana untuk menyelesaikan masalah rakyat miskin bandar di Selangor.
 
 


Demikianlah Artikel Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan

Sekianlah artikel Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor patut bersyukur KPKT bantu atasi masalah perumahan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/selangor-patut-bersyukur-kpkt-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :