Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?
link : Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Baca juga


Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

ARIF ATAN

Ketua Pemuda Pas Kelantan (berkopiah) tersenyum lebar di sisi Awie dalam program di Kota Bharu semalam


Kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyempurnakan gimik pelancaran Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat diperkatakan di media sosial.

Dalam program berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang Society.

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut.

Pada masa sama, gambar Awie, 49, dalam suasana kelab malam juga tersebar. Penyanyi lagu 'Sejati' dan 'Di Ambang Wati' sebelum ini pernah didakwa sebagai pengusaha sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.

Hal tersebut diakui bekas abang iparnya, Othman Misbun, 41, ketika prosiding perbicaraan permohonan hak penjagaan (hadanah) kekal terhadap tiga anak Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 Julai tahun lalu.

Menurut Othman, Awie mengusahakan pusat hiburan Malai Rock Station Bistro yang turut menyediakan arak seperti kelab malam lain sejak beberapa tahun lalu.

Turut dikongsi netizen adalah gambar Awie bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengumumkan pertandingan muzik BN Youth Music 2011.

Pelakon lebih 30 filem tersebut sebelum ini umum dikenali sebagai artis yang kerap berada dalam program anjuran Umno-BN.



Demikianlah Artikel Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Sekianlah artikel Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kerajaan-pas-kelantan-angkat-pengusaha.html

Subscribe to receive free email updates: