Judul : Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency
link : Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency
Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency
ZIKRI ABDULLAHSatu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.
"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.
"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.
Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.
"Program ini di bawah inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah ditimbulkan dalam sidang Dun Kelantan pada Oktober 2016," katanya.
Pada 17 Februari 2017 katanya, Kementerian Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan itu yang berhubung inisiatif (REDD) bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan ilkim (UNFCCC).
"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia) menerusi laman webnya menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM.
"Semua ini tidak dihiraukan Menteri Besar Kelantan kerana dalam satu majlis sambutan hari raya pada 26 Jun sekali lagi diumumkan penglibatan kerajaan negeri dalam projek tersebut," katanya.
Menurutnya lagi pihak PBB melalui agensinya United Nation Development program (UNDP) pula pada 5 Julai 2017 menafikan penglibatan PBB dalam projek berkenaan.
"Saya secara peribadi telah pergi mencari syarikat berkenaan berdasarkan alamat berdaftar syarikat berkenaan akan tetapi tiada pejabat syarikat berkenaan di alamat yang telah didaftarkan tersebut," katanya.
Menurut Hazmi, bermula 9 April tahun ini, Ecobit mula menggunakan kelulusan sejuta ekar HSK itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency yang kemudiannya disahkan tidak mendapat kelulusan BNM.
Lebih 30 pemuda Pakatan Harapan turut mengiringi Hazmi untuk menyatakan solidariti bersama beliau ketika membuat laporan itu di Ibu pejabat polis daerah Kota Bharu semaam.
Demikianlah Artikel Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency
Sekianlah artikel Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/pemuda-amanah-mahu-mb-kelantan-disiasat.html