Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen

Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen
link : Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen

Baca juga


Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen

MALAYSIAKINI


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi tindakan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong dan memperuntukkan tiga hari bagi perbahasan khas mengenai 1MDB pada sidang Parlimen bulan ini.

Beliau berkata imuniti parlimen perlu diketepikan untuk sesi itu, dan mencadangkan ini diadakan dari 24 Julai hingga 26 Julai.

Selain itu, Lim juga mahu Najib menjemput ahli perniagaan Jho Low untuk menghadiri sesi tersebut.

"Tidak ada masalah untuk mengatur sesi khas di mana Jho Low dapat menangani dan menjawab soalan dari anggota Parlimen mengenai skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan media.

Hsien Long sebelum ini memohon maaf kepada warga Singapura atas pertikaian dengan adik-beradiknya berkenaan rebutan rumah bapa mereka yang juga adalah perdana menteri pertama republik itu Lee Kuan Yew, dan perkara itu turut dibahaskan di Parlimen.

Sementara itu, Lim juga mengulas mengenai kenyataan jurucakap Jho Low, yang menyifatkan tuduhan oleh pendakwa raya Singapura bahawa 1MDB adalah mangsa ahli perniagaan tersebut sebagai bermotivasi politik.

"Jika Jho Low tidak bersalah atas mana-mana kecurian besar atau sebarang pengubahan wang haram berjumlah berbilion dolar Amerika, kenapa Jho Low menghilangkan diri - sedangkan pada satu ketika beliau dikenali kerap menghadiri parti dan majlis sosial?

"Adakah benar perdana menteri terpaksa berjumpa dengan Jho Low dalam sulit semasa perjalanan Najib di luar negara?" soal pemimpin DAP.

Lim berkata dengan menjemput Jho Low menghadiri sesi khas parlimen akan melenyapkan semua khabar angin dan spekulasi.



Demikianlah Artikel Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen

Sekianlah artikel Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang mahu Najib adakan sidang khas 1MDB di parlimen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/kit-siang-mahu-najib-adakan-sidang-khas.html

Subscribe to receive free email updates: