Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib

Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib
link : Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib

Baca juga


Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib

MALASIAKINI


ULASAN l Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap Umno.

Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Apabila Najib menyalah guna kuasa pedana menteri dan melandaskan rejimnya kepada cash is king atau wang sebagai raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadinya; apabila peraturan undang-undang disalah guna dan digantikan dengan rasuah secara terbuka dalam negara; apabila kesemua ini terjadi dan lebih lagi, saya hilang kepercayaan dan berpaling daripada Umno pimpinan Najib dan saya tumpukan usaha untuk menurunkan pemimpin ini yang jelas bekerja bertentangan dengan kepentingan Melayu, Islam dan Malaysia – asas kepada perjuangan Umno.

Di dalam usaha untuk menghancurkan jembalang ini, saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim.
Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn.

Kami, bersama dengan yang lain-lain akan berusaha keras menjatuhkan Najib dan kerajaannya yang mundur, korup dan kleptokratik.

Perompak tidak boleh pimpin negara yang hebat ini. Pencuri yang dicaci dunia dan ditertawakan semua tidak boleh dibenarkan berterusan memerintah mana-mana negara.

Itu objektif saya berkerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ia telah pun berlaku.

Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.

Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.

RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.

LIHAT VIDEO DI SINI


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.



Demikianlah Artikel Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib

Sekianlah artikel Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir: Saya buat pusingan U untuk jatuhkan Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/mahathir-saya-buat-pusingan-u-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: