Judul : Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin
link : Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin
Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Apa sahaja perbincangan berkenaan Pakatan Harapan (PH) perlu dilakukan melalui mesyuarat, tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata demikian mengulas pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad di London, baru-baru ini.
"Sesiapa sahaja boleh berjumpa Dr Mahathir. Perbincangan perlu dilakukan dalam semangat PH, bukan individu. Mungkin Nurul Izzah ke sana untuk berhari raya dengan Dr Mahathir.
"Saya tidak tahu tetapi saya tak rasa begitu (bincang pasal PH). Jika kita berbincang berkenaan polisi dan hala tuju PH, ia mesti dibincangkan dalam Majlis Pakatan Harapan," tegasnya ketika ditemui di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri PKNS, petang tadi.
Nurul Izzah dan Dr Mahathir dilaporkan bertemu di London beberapa hari lalu sebagaimana dilaporkan sebuah portal.
Pertemuan tersebut dikatakan usaha menyelesaikan krisis struktur kepimpinan PH yang sehingga kini gagal dimuktamadkan.
Izzah seperti dilaporkan bagaimanapun enggan mengulas kata sepakat yang diperolehi menerusi pertemuan itu sehinggalah PH mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.
Akhir-akhir ini gabungan pembangkang itu dikatakan bertelagah dalam soal memuktamadkan struktur kepimpinan PH.
PKR dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan PPBM untuk menamakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Abwar Ibrahim sebagai Penasihat, manakala Dr Mahathir dan Wan Azizah masing-masing dinamakan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Azmin pula dinamakan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.
Cubaan PPBM menguasai PH ditegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun beliau bersetuju Dr Mahathir diberi peranan dalam gagasan itu.
Demikianlah Artikel Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin
Sekianlah artikel Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mungkin Izzah jumpa Dr Mahathir di London untuk berhari raya - kata Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/mungkin-izzah-jumpa-dr-mahathir-di.html