Judul : Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin
link : Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin
Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur Wong Chen selepas Ahli Parlimen Kelana Jaya itu mempertikai tindakan kerajaan negeri membekukan dana Program Kebajikan di kawasannya.
Azmin menegaskan tindakan sedemikian perlu diambil bagi mengelakkan salah laku dalam perbelanjaan dana berkenaan.
"Saya telah jelaskan bahawa saya dan kerajaan negeri tak mengganggu proses audit. Kita sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan, keterbukaan.
"Jika Jabatan Audit hendak mengaudit sesiapa pun proses itu harus dipatuhi tanpa gangguan eksekutif dan unsur politik. Saya kira proses itu harus dihormati," katanya selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang tadi.
Reaksi Azmin itu merujuk kepada pendedahan Wong semalam yang meluahkan rasa terkejutnya bagaimana kerajaan Selangor membekukan perbelanjaan untuk Program Bulan Kebajikan di kawasan Parlimennya.
Wong memberitahu selepas beliau mendedahkan pengauditan kerajaan negeri ke atas pejabatnya 23 Mei lalu apabila kerajaan negeri menghantar sepucuk surat ke pejabatnya pada 30 Mei untuk menyatakan pihak tersebut sedang meneliti perkara itu.
Namun pada 9 Jun lalu Wong sekali lagi terkejut apabila kerajaan negeri menyatakan kesemua perbelanjaan komunitinya dibekukan sejak 12 Julai 2016.
Apa yang menghairankan dirinya adalah proses audit itu hanya selesai pada Februari tahun ini.
Wong pada Jun lalu mengumumkan penggantungan program kebajikannya selepas menerima sepucuk surat dari kerajaan negeri.
Program kebajikan di bawah seliaan Wong kini memasuki tahun keempat dan ia dijalankan menerusi dana kerajaan negeri.
Pejabat Wong pada sebelum ini juga pernah diaudit oleh Perbendaharaan Negeri Selangor yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuannya.
Azmin dalam pada itu mengingatkan Wong untuk menyelesaikan isu pembekuan dana dan audit program kebajikannya dengan pihak yang terlibat, bukan terus memperkatakannya di khalayak.
"Saya berharap ahli parlimen kena memahami proses ini, kena hormati proses keseluruhannya untuk memastikan ketelusan. Jika ada isu lain beliau kena bercakap dengan pihak kerajaan negeri bebanding perkatakannya di khalayak.
"Saya sendiri pun pernah kena audit. Tapi saya tak jadikan itu sebagai isu kerana sepatutnya mana-mana pihak sama ahli parlimen atau ADUN menerima proses yang baik ini untuk menjamin ketelusan," tegasnya lagi.
Demikianlah Artikel Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin
Sekianlah artikel Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wong Chen kena hormati proses audit, kata Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/wong-chen-kena-hormati-proses-audit.html