Judul : Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan
link : Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan
Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan
ANTARAPOS.COMMELAKA: Seorang penerjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cedera kaki kanan selepas gagal mendarat dalam satu latihan terjunan di Kem Terendak, Sungai Udang, di sini.
Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an dilaporkan patah bahagian keting kaki kanan selepas terjatuh di atas bumbung blok kediaman di kem berkenaan.
Difahamkan, mangsa gagal mendarat di lokasi pendaratan yang ditetapkan dipercayai disebabkan oleh faktor keadaan angin yang kuat.
Sumber berkata, mangsa bersama sekumpulan anggota sedang menjalani rutin latihan terjunan dari sebuah pesawat pada ketinggian kira-kira 5,000 kaki dari udara.
"Bagaimanapun, anggota tentera berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.
"Dia sudah diberi rawatan kecemasan dan kini ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak," kata sumber itu.
Sementara itu, beberapa keping gambar memaparkan seorang anggota tentera yang cedera selepas terjatuh di atas bumbung di sebuah kem mulai viral di laman Facebook, sejak malam tadi.
Demikianlah Artikel Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan
Sekianlah artikel Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penerjun ATM terjatuh atas bumbung bangunan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/penerjun-atm-terjatuh-atas-bumbung.html