Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut

Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut
link : Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut

Baca juga


Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KLANG: Reman seorang lelaki yang ditahan polis Isnin lalu kerana disyaki memasang bom buatan sendiri pada kereta bekas kekasihnya disambung sehingga esok.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, lanjutan reman dibuat bagi memperinci siasatan motif utama perbuatan itu.
 
Ujarnya siasatan awal mengesyaki perbuatan lelaki itu yang bekerja sebagai juruteknik bertujuan mengugut bekas kekasihnya yang tidak melunaskan pinjaman bulanan bank bagi kereta tersebut.
 
Beliau berkata ini kerana lelaki berumur 27 tahun itu menjadi penjamin bagi pinjaman bank berkenaan dan dia tidak berpuas hati dengan sikap bekas teman wanitanya itu.
 
“Setakat ini, siasatan awal menunjukkan tindakan lelaki itu sebagai ugutan, malah pembuatan bom yang dipasangnya juga bukanlah seperti pakar. Mungkin sekadar ditiru daripada laman sosial,” katanya kepada pemberita semalam.
 
Terdahulu, Ab Rashid menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara yang baharu, ACP Mazelan Paijan bagi menggantikan ACP Mohd Yusoff Mamat yang bertukar ke Bukit Aman sebagai timbalan pengarah kepolisan am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
 
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata dua suspek utama kes samun di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas ditahan awal pagi tadi.
 
Beliau berkata penahanan dua suspek lelaki itu adalah susulan penangkapan seorang wanita dan seorang lelaki masing-masing berumur 56 tahun dan 22 tahun di Kajang, semalam.
 
Kedua-dua lelaki tempatan itu yang berusia 21 dan 23 tahun ditahan antara 4.30 hingga 5.30 pagi di Sungai Chua, Kajang, katanya dalam kenyataan semalam.
 
“Lelaki berumur 21 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dan seorang lagi mempunyai lima rekod jenayah lampau. Semua 4 suspek ditahan reman selama 6 hari mulai hari ini,” katanya.
 
 
 


Demikianlah Artikel Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut

Sekianlah artikel Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Reman lelaki pasang bom pada kereta bekas kekasih dilanjut dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/07/reman-lelaki-pasang-bom-pada-kereta.html

Subscribe to receive free email updates: