Judul : Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam
link : Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam
Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Polemik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak memadai untuk PAS mempengaruhi aliran sokongan pengundi Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim, keputusan pada PRU14 akan ditentukan oleh isu-isu asas yang melibatkan sosio-ekonomi rakyat bukannya RUU355.
"Cumanya dalam konteks RUU355 ini, kita ketengahkan atas tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk membetulkan dan menambah baik aspek perundangan Islam, katanya kepada Antarapos.
Beliau menerangkan bahawa keputusan yang diambil itu bukan semata-mata kerana tujuan politik sebaliknya atas dasar tanggungjawab sebagai umat Islam.
"Cumanya dari segi sejauh mana isu ini mampu mempengaruhi politik, bergantung kepada kesedaran dan kefahaman orang Melayu Islam juga," katanya.
Untuk rekod, sesi perbahasan RUU355 dijangka akan berlangsung pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Tuan Ibrahim menambah bahawa banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi pola pengundian pada PRU14 dan PAS akan mengutamakan aspek kebajikan rakyat.
"Mungkin sebahagian orang Islam yang memahami Islam, mereka akan memberikan sokongan.
"Tapi berdasarkankajian-kajian yang kita buat sebenarnya impak isu ini tidak sebagaimana isu bebanan ekonomi dan kos sara hidup yang lebih besar pengaruhnya dalam konteks politik berbanding RUU355," katanya.
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam
Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: PAS akui RUU355 sukar 'pikat' sokongan pengundi Melayu-Islam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/tuan-ibrahim-pas-akui-ruu355-sukar.html