Judul : Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian
link : Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian
Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian
ANTARAPOS.COMBALING: Seorang bekas penjawat awam berusia 62 tahun ditahan bersama 15 yang lain dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini, yang berakhir tengah malam tadi.
Warga emas yang tinggal sebatang kara itu ditahan apabila kediamannya di Batu 42 dekat Pulai, di sini, diserbu selepas dikesan menjadi 'lubuk' penagih untuk melepaskan gian dadah.
Berdasarkan maklumat warga emas itu memainkan peranan sebagai orang tengah dengan membeli dadah daripada 'tokan' sebelum menjualnya semula kepada penagih yang singgah di rumahnya itu untuk melepaskan gian.
Ketua Pegawai AADK Daerah Baling, Arnida Ishak, berkata serbuan ke atas kediaman lelaki itu susulan risikan dilakukan pihaknya sejak dua hari lalu selepas menerima maklumat awam.
"Rumah warga emas itu menjadi tumpuan penagih dari kawasan sekitar untuk melepaskan gian, dengan peranannya sebagai orang tengah, warga emas itu memperoleh bahagian dadahnya secara percuma," katanya dalam kenyataan di sini.
Arnida berkata, dalam ops dijalankan bermula petang semalam sehingga 12 tengah malam tadi, tiga lokasi yang disyaki menjadi tumpuan penagih diserbu iaitu di Batu 14 Pulai, Kampung Ketemba dan Padang Che Mas.
"Dalam serbuan di sebuah rumah tinggal di kawasan Padang Che Mas, seorang tokan dadah berusia lingkungan 30-an serta tiga yang lain dicekup ketika masing-masing sedang leka membungkus dadah.
"Dalam serbuan sama juga kita merampas dadah dipercayai jenis opiat berwarna hijau serta sejumlah wang hasil jualan dadah," katanya.
Beliau berkata semua 16 suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 62 tahun dan masing-masing dibawa ke Pusat Tahanan Reman Kampung Selamat, di sini dan ujian saringan air kencing dilakukan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.
Semua penagih yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, manakala tokan dadah berusia lingkungan 30-an pula diserahkan kepada pihak polis bersama dadah dirampas untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Demikianlah Artikel Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian
Sekianlah artikel Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga emas jadikan rumah lubuk lepas gian dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/08/warga-emas-jadikan-rumah-lubuk-lepas.html