Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush

Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush
link : Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush

Baca juga


Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush

 
Megat Fairouz Junaidi berkata bapanya telah membantu mengatur pertemuan itu kerana beliau sangat setia kepada Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada masa itu.


Megat-Fairouz-Junaidi-bush-mahathir

PETALING JAYA: Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub menegaskan bekas menteri itu pernah membantu Tun Dr Mahathir Mohamad mengatur pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat George W Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.

Megat Fairouz Junaidi berkata bapanya telah membantu mengatur pertemuan itu kerana beliau sangat setia kepada Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada masa itu.

“Dalam pengetahuan saya, adalah benar yang Tan Sri Megat Junid telah diarah untuk mengaturkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir dan Presiden George W Bush. Inisiatif untuk mengadakan mesyuarat itu bermula pada April 2001,” kata Megat Fairouz yang dipetik The Star.

“Ayah saya telah bertemu dengan orang-orang tertentu, termasuk membayar pelobi, untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan. Mesyuarat itu akhirnya diadakan pada bulan Mei 2002,” katanya.

Megat Junid adalah timbalan menteri dalam negeri ketika Dr Mahathir memimpin portfolio kementerian dalam negeri pada 1980-an, dan menjadi menteri berkaitan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan dari 1997 hingga 1999.

Beliau meninggal dunia akibat kanser pada 2008.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menempelak Dr Mahathir sebagai hipokrit kerana bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas presiden AS pada 2002.

Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

“Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang… berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.

“(Dr Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi (Dr) Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan mendakwa Najib tersilap jika beliau fikir pertemuannya dengan Donald Trump pada 12 September lalu telah membantu memenangi hati rakyat Malaysia.

Pemimin berusia 92 tahun itu mendakwa maklum balas dari lapangan menunjukkan orang ramai “sakit” dengan apa yang berlaku semasa pertemuan antara Najib dan Trump di Washington.

Beliau juga mendakwa Najib tidak diberi layanan yang sesuai sebagai ketua kerajaan semasa lawatannya ke AS tanpa penerimaan rasmi atau sesi jamuan formal oleh pejabat presiden.



Demikianlah Artikel Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush

Sekianlah artikel Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Megat Junid: Ayah saya lobi, atur pertemuan Dr Mahathir-Bush dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anak-megat-junid-ayah-saya-lobi-atur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :