Judul : Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah
link : Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah
Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah
Dr Idris Ahmad cuba menjelaskan mengapa sesetengah rakyat melihat BN sebagai gabungan yang lebih bersatu berbanding Pakatan Harapan (PH) sedangkan pada realitinya tidak.
KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad menuduh rakan-rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN) menjual martabat mereka demi wang.
“Mereka menerima wang dalam bentuk rasuah dan supaya mereka boleh menutup mulut mereka,” kata beliau.
“Mereka seperti pelacur yang menjual maruah kerana wang.”
Idris yang bercakap pada forum di Sri Rampai malam tadi cuba menjelaskan mengapa sesetengah rakyat melihat BN sebagai gabungan yang lebih bersatu berbanding Pakatan Harapan (PH) sedangkan pada realitinya tidak.
Merujuk kepada perbezaan pendapat dalam PKR berhubung persoalan kerjasama dengan PAS, beliau berkata, pemimpin-pemimpin dalam PH bermartabat tinggi dalam melahirkan perbezaan pendapat mereka.
“Malangnya, media kerajaan telah menggunakannya untuk menjadikan seolah-olah kita tidak bersatu,” kata beliau.
“Kami mungkin mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara tertentu, tetapi kami tahu siapa musuh sebenar dan kami tahu objektif kami.”
Bulan lepas, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan kepimpinan parti berpecah dalam isu hubungan dengan PAS sejak 2015.
Merujuk kepada rundingan dengan PAS berhubung kerjasama pilihan raya, Rafizi menyenaraikan nama pemimpin PKR yang memihak dan yang tidak menyokong.
Justeru, beliau mencadangkan kongres khas bagi memutuskan perkara itu.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bercakap pada forum malam tadi.
Memohon sokongan pengundi kepada PH, beliau berkata, hanya kemenangan perikatan itu dalam pilihan raya umum akan memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipaksa berundur dari jawatan itu.
“Kami telah gunakan semua jalan lain,” kata beliau sambil menambah, “saya berada dalam kerajaan selama 40 tahun dan tidak pernah mengalami keadaan seperti ini sekarang di bawah Najib.”
Demikianlah Artikel Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah
Sekianlah artikel Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Komponen BN jual maruah, dakwa pengerusi PKR Wilayah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/komponen-bn-jual-maruah-dakwa-pengerusi.html