Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan

Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan
link : Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan

Baca juga


Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak menjatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan sebat 24 kali terhadap seorang ejen unit amanah.
 
Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.
 
Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.
 
Berdasarkan fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu menunaikan umrah bersama bapanya pada 3 April 2015 dan remaja itu berusia 13 tahun pada ketika itu.
 
Kejadian itu berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.
 
Setiap kali melawan, mangsa akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.
 
Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.
 
Kejadian didakwa berlaku diantara bulan Januari hingga Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.
 
Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan hari raya pada 25 Jun lalu).
 
Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).
 
Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
 
Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
 
 


Demikianlah Artikel Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan

Sekianlah artikel Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa liwat anak 591 kali, dipenjara 48 tahun, 24 sebatan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bapa-liwat-anak-591-kali-dipenjara-48.html

Subscribe to receive free email updates: