Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN

Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN
link : Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN

Baca juga


Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lagi bersabit keputusan Mahkamah Rayuan yang berpendirian anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah berbinkan nama bapanya. 
 
Kebenaran itu diberikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Aziah Ali. 
 
Mahkamah membenarkan pemohon-pemohon mengemukakan tiga daripada empat persoalan undang-undang yang dikemukakan dalam rayuan penuh yang akan ditetapkan pada satu tarikh lain kelak.
 
Pada Julai lalu, Mahkamah Rayuan berpandangan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.  
 
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan perkara berkenaan ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
 
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.
 
Hakim Abdul Rahman Sebli dalam penghakiman bertulisnya berpendapat, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak tidak wajar dan di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan `Abdullah’ sebagai nama keluarga dalam sijil kelahiran seorang kanak-kanak luar nikah.
 
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak tak sah taraf, lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
 
 


Demikianlah Artikel Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN

Sekianlah artikel Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan JPN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bin-abdullah-mahkamah-persekutuan.html

Subscribe to receive free email updates: