BN Kepala Batas tak ambil mudah

BN Kepala Batas tak ambil mudah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Kepala Batas tak ambil mudah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Kepala Batas tak ambil mudah
link : BN Kepala Batas tak ambil mudah

Baca juga


BN Kepala Batas tak ambil mudah

MALAYSIAKINI


BN tidak akan mengambil mudah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa adalah sukar bagi PAS – bekas sekutu pembangkang yang kemudian menjadi seteru politik – untuk merampas Kepala Batas, kata ahli parlimennya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sambil menganggap kenyatan itu sebagi pengiktirafan postif, katanya kejayaan BN di kawasan Parlimen Kepala Batas adalah kesinambungan daripada pemimpin terdahulu yang mengutamakan rakyat.

“Kejayaan BN di kawasan parlimen ini adalah kesinambungan daripada pemimpin terdahulu yang mengutamakan rakyat dan kenyataan Lim itu mengesahkan semuanya.

“ Tapi kami tak pernah ambil mudah dengan apa yang dikatakan itu serta tak mendabik dada sebaliknya akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.

Reezal Merican juga dilaporkan berkata, BN akan sentiasa bekerja keras memenangi hati rakyat serta menjaga kebajikan semua penduduk di Kepala Batas tanpa mengira batas politik.

Lim pada 24 Ogos lalu, berkata, PAS hanya berangan-angan apabila berhasrat untuk merampas Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno.

Menurut setiausaha agung DAP itu di tempat lain pembangkang mungkin mempunyai peluang tetapi pengaruh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih mencengkam di Kepala Batas.

April lalu, PAS Kepala Batas menyatakan kesediaan berdepan tiga penjuru berdepan BN dan Pakatan Harapan kerana mereka sudah bertanding di situ sejak dulu lagi.

Lim yang mengakui terkejut dengan hasrat itu berkata terpulanglah kepada PAS untuk menjadi Mat Jenin dan terus berangan-angan.

Katanya, berbanding PAS, program Pakatan Harapan di kawasan itu, antaranya yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Ogos lalu, jauh mendapat sambutan ramai berbanding acara PAS.

“Sungguhpun sambutan luar biasa di Kepala Batas bila Tun Dr Mahathir datang, kita pun tahu sukar untuk lawan pengaruh Pak Lah,” katanya.

Mengulas perkembangan itu, Reezal Merican berkata, pihaknya terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk turun bertanding di Kepala Batas serta tidak pernah menghalang kehadiran pemimpin Pakatan Harapan di situ.




Demikianlah Artikel BN Kepala Batas tak ambil mudah

Sekianlah artikel BN Kepala Batas tak ambil mudah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Kepala Batas tak ambil mudah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bn-kepala-batas-tak-ambil-mudah.html

Subscribe to receive free email updates: