Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS

Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS
link : Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS

Baca juga


Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpendapat, garis panduan yang ditetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memudahkan parti itu bagi membuat keputusan muktamad berhubung rundingan dengan PAS.

Menurut Rafizi, kenyataan terbaru Anwar itu tidak sepatutnya disalah erti sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan antara kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) demi memujuk PAS hingga ke saat akhir.

“Jika garis-garis panduan yang jelas yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar (bersertakan keputusan di peringkat HARAPAN dan penolakan PAS) masih belum membolehkan satu keputusan muktamad mengenai perkara ini di peringkat PKR, maka ahli akar umbi berhak untuk menggunakan peruntukan Perlembagaan untuk memanggil kongres khas dan memuktamadkan keputusan tersebut bagi pihak parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Pandan itu berkata, terdapat pihak yang mendakwa kenyataan Anwar semalam membuktikan strategi untuk berunding dengan PAS hingga ke saat akhir itu datang dari bekas ketua pembangkang itu sendiri.

Ekoran itu, menurut Rafizi, ramai antara penyokong PKR dan HARAPAN serta rakyat yang kecewa malah ada yang turut menyerang Anwar.

“Dengan keterbatasan yang beliau ada kerana terpenjara, pandangan Datuk Seri Anwar selama ini pun (dalam sesuatu perkara) memang berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan.

“Beliau menyenaraikan sempadan-sempadan (parameters) supaya keputusan yang dibuat mengambil kira perkara-perkara penting yang ditetapkan oleh sempadan-sempadan itu,” kata Rafizi lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Anwar masih mempunyai keterbatasan dari segi maklumat terkini memandangkan saluran ketua umum PKR itu adalah melalui peguam-peguamnya.

“Dalam isu rundingan kerusi dengan PAS ini, keterbatasan maklumat itu lebih penting kerana satu-satunya maklumat saluran beliau yang paling sering adalah melalui peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang ketiga-tiganya adalah pendukung kepada cadangan bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” kata Rafizi lagi.




Demikianlah Artikel Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS

Sekianlah artikel Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Garis panduan Anwar mudahkan rundingan PKR-PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/garis-panduan-anwar-mudahkan-rundingan.html

Subscribe to receive free email updates: