Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO]

Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO]
link : Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO]

Baca juga


Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO]

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan rundingan partinya dengan PAS jelas bersifat 'menongkah arus' selain menimbulkan kekeliruan, kata penganalisis politik, Azmi Hassan.
 
Azmi merujuk kepada kenyataan terbaru Anwar bahawa beliau merestui jika wujud rundingan antara partinya dengan PAS yang dalam masa sama memberi jaminan ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan'. 
 
Ujarnya lagi, kenyataan Anwar itu juga bertentangan dengan pendirian DAP dan PAS yang saling menolak untuk menjalinkan sebarang kerjasama antara satu sama lain.
 
"Kalau nak diungkitkan arahan ataupun kenyataan daripada Datuk Seri Anwar itu bukan sahaja ianya tidak jelas tetapi ia menjerumus kepada ia kontradik arahan itu sendiri. 
 
"Kalau dikatakan arahan dikeluarkan untuk mengadakan rundingan tetapi perlu kerangka format Pakatan Harapan (PH) memang tidak boleh. Perkara itu tidak boleh kerana PH, DAP maksud saya tidak boleh berunding dengan PAS. Begitu juga PAS tidak mahu bekerjasama dengan DAP.
 
"Jadi sebab itu saya katakan arahan itu 'contradict' mahu mengadakan rundingan tetapi mengikut acuan PH. Memang perkara kedua itu bertentangan antara satu sama lain. Jadi sebab itu timbulnya dalam PKR itu sendiri perbalahan antara satu sama lain. Bukan sahaja dikaitkan dengan arahan Datuk Seri Anwar tetapi dengan mengadakan rundingan itu dikatakan semangat PH itu dikatakan menongkah arus," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Mengulas lanjut, Azmi turut berpandangan kenyataan Anwar itu sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli PH mahupun PKR sendiri berkaitan hala tuju berhubung isu kerjasama berkenaan.
 
"Jadi ini menimbulkan sebagai kekeliruan ataupun kekusutan pemikiran ahli PH itu sendiri.
 
"Saya melihat Datuk Seri Anwar termasuk juga Azmin telah mencongak walaupun ada kekeliruan, kekusutan dalam PKR sendiri tetapi kekusutan itu manfaatnya bekerjasama dengan PAS melebihi daripada apa yang berlaku di bawah itu.
 
"Jadi sebab itu saya membacanya kalau dikatakan siapa yang lebih terdesak sama ada PAS ataupun PKR. Nampak gaya PKR lebih terdesak kerana mereka sanggup ahli akar umbi mereka berkecamuk, ada yang keluar parti asalkan mereka mendapat kerjasama daripada PAS," tambahnya.
 
Awal hari ini, Anwar di tengah kemelut melanda partinya berhubung isu rundingan bersama PAS, tampil mengesahkan beliau tidak membantah jika wujud rundingan antara partinya dengan parti Islam itu.
 
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu, bekas ketua pembangkang itu berkata PKR konsisten untuk mengukuhkan PH dan seandainya wujud rundingan bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'. 
 
PH ketika mesyuarat Majlis Presidennya pada 29 Ogos lalu telah mengambil ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRU14 nanti.
 
Keputusan itu dibuat disaat isu rundingan antara PKR-PAS yang diusahakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sedang hangat diperdebatkan.
 
Isu rundingan tersebut turut mencetuskan kemelut dalaman dalam PKR sama ada di peringkat tertinggi termasuk cabang akar umbi parti reformasi itu.
 
Perkara itu didedahkan Naib Presidennya sendiri, Rafizi Ramli baru-baru ini.
 
Rafizi dalam pendedahannya berkata, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
 
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
 
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kongres khas diadakan bagi memuktamadkan isu rundingan itu secara lebih menyeluruh, dengan melibatkan suara akar umbi.
 
Bagaimanapun Anwar dalam kenyataannya hari ini berkata beliau tidak keberatan dengan cadangan berkenaan, namun mempersoalkan keperluan penganjurannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. 





Demikianlah Artikel Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan PKR-PAS: Kenyataan Anwar menongkah arus, kata penganalisis [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/rundingan-pkr-pas-kenyataan-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: