Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari

Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari
link : Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari

Baca juga


Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR akan berpegang teguh dengan keputusan yang telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) bahawa tidak akan ada kerjasama bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 
 
Justeru, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh disalah erti sebagai isyarat rundingan bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu boleh diteruskan.   
 
Jelas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, Anwar hanya merujuk kepada hubungan atas dasar persabahatan bersama PAS, dan bukannya kerjasama politik.
 
"Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Anwar ialah kita jangan putus hubungan dengan mereka sebagai kawan-kawan. Secara rasminya mungkin mereka (PAS) sudah terkeluar tetapi dalam hubungan tidak rasmi kami masih berkawan.
 
"Bukan maknanya keputusan di atas (Majlis Presiden PH) yang kata sudah putus, kita terputus kawan, tidak. Maksudnya kita teruskan ukhwah sebagai kawan, pimpinan dan keputusan (kenyataan Anwar) itu jelas supaya jangan memutuskan hubungan sebagai kawan-kawan, soal mereka bersama kita itu, ia sudah jelas mereka bukan lagi dalam kerangka pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lanjut, Johari juga berkata tidak timbul kekeliruan di dalam kenyataan yang dikeluarkan bekas ketua pembangkang itu.
 
"Maksud Datuk Seri Anwar, hubungan kita dengan pimpinan, jentera di bawah, dengan ahli-ahli biasa PAS kita teruskan.
 
"Saya baru lepas makan kenduri dari rumah mereka, raya korban, mereka jemput dan minta saya berucap, tanya apa kita ingin buat di Kedah jadi ini tiada masalah," ujarnya lagi.
 
Semalam, Anwar tampil mengesahkan beliau mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama pakatan bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
 
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu, Anwar bagaimanapun menambah, PKR konsisten untuk mengukuhkan PH dan seandainya wujud rundingan bersama PAS, ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'.
 
Susulan itu, Azmin dalam reaksinya hari ini berkata usaha beliau yang menggerakkan inisiatif dalam mewujudkan rundingan bersama PAS akhirnya dibuktikan betul selepas diperakui sendiri oleh Anwar.
 
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilihat sebagai tokoh utama yang mahu meneruskan rundingan PKR dengan PAS, selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti terputus secara rasmi pada Mei lalu. 
 
Kemelut berkaitan hubungan kerjasama di antara PKR-PAS sampai ke kemuncaknya apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan parti itu kini terbahagi kepada dua kumpulan.
 
Dakwa Rafizi, kumpulan pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS, manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
 
Malah, Rafizi turut mencadangkan kongres khas diadakan bagi memuktamadkan isu rundingan itu secara lebih menyeluruh, dengan melibatkan suara akar umbi.
 
Mengulas perkara itu, Johari berkata tiada keperluan untuk dianjurkan kongres memandangkan PH sudah mengambil ketatapan untuk tidak lagi mahu mengadakan kerjasama bersama PAS.
 
Keputusan muktamad itu dilakukan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas di atas persetujuan kesemua empat parti di dalam parti pembangkang itu.
 
 


Demikianlah Artikel Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari

Sekianlah artikel Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar merujuk hubungan PKR-PAS atas dasar persahabatan, kata Johari dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/anwar-merujuk-hubungan-pkr-pas-atas.html

Subscribe to receive free email updates: