DAP serang PAS untuk kalih isu

DAP serang PAS untuk kalih isu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP serang PAS untuk kalih isu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP serang PAS untuk kalih isu
link : DAP serang PAS untuk kalih isu

Baca juga


DAP serang PAS untuk kalih isu

 
 
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD 

DAP jangan menjadi pencuri menjerit pencuri. Cuba meletakkan beban buruk kepada PAS yang menyebabkan pembangkang berpecah. Jangan cuba hendak baling batu sembunyi tangan. Tahun 2001, DAP yang keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan dokumen negara Islam.

Waktu itu Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Al-Mursyidul Am Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, bukan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS ketika itu - pemimpin yang mereka buat pelbagai tuduhan dan fitnah kepada beliau. Dakwaan pemimpin DAP yang mengatakan mereka puji Almarhum Ustaz Fadzil dan Tuan Guru Nik Aziz hanya pembohongan sahaja.

Kalau kedua-dua masih ada, pemimpin DAP tetap menentang hasrat PAS untuk menegakkan Islam. Kedua-dua Almarhum tidak boleh dicucuk hidung untuk ikut agenda DAP, mereka berdua ada prinsip dalam perjuangan Islam.

Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang cuba menggambarkan PAS bersama dengan Umno. Ketika isu RUU 355, pemimpin DAP dan PH kata PAS menjadi tebusan Umno kerana bersama di dalam isu RUU 355.

Dengan takdir Allah ketika isu RUU 164, DAP bermatian untuk bersama Umno dan BN untuk membolehkan 88A dipinda, dan DAP bersedia bekerjasama dengan Umno jika perlukan cukup bilang 2/3. Sifir mudah sekarang DAP dan PH sudah bersama dengan Umno BN.

Kenapa DAP dan PH boleh bekerjasama dengan Umno. Kalau PAS tuduh dituduh UG, kalau mereka apa pula? Jenis politik apa ini? Kalau perintah negara sama macam BN atau lebih teruk lagi, kalau gaya kepimpinan seperti ini.

Politik emosi dan separuh matang yang membuta tuli tuduh PAS bersama dengan Umno kerana PAS menyokong pada perkara yang menguntungkan ummah dan Islam tidak layak dibiarkan bertapak di Malaysia. PAS akan lawan siapa sahaja kalau tidak betul. PAS tidak mati dengan fitnah yang dimainkan oleh DAP kepada PAS.

Kalau dengan Umno BN yang mempunyai kekuatan wang, media dan jentera kerajaan pun PAS lawan. Inikan dengan Dap dan PH yang sama-sama menjadi pembangkang. Jangan serang dan fitnah PAS, kalau serang PAS, PAS akan serang balik. PAS pun banyak modal untuk serang kalau mereka serang PAS.

Memang DAP lebih rela PAS kalah di Kelantan, kerana mereka cukup anti dengan program Islam yang Kelantan buat. Alhamdulillah, 27 tahun perintah Kelantan, MB Kelantan tidak dituduh beli rumah banglo harga di bawah pasaran. Tidak ada Exco Kelantan yang dituduh oleh SPRM kerana tidak bertindak kepada kilang haram yang mencemarkan. Datuk Mohd Yaakob meneruskan agenda TG Nik Aziz.

Kita tahu DAP ada sibertrooper yang akan serang balik PAS atas tag line Rahmatan Lil Alamin. Alasan mereka, kita mana boleh kata kepada DAP, nanti hilang Islam sebagai rahmat. Pemimpin DAP tidak boleh disentuh, seolah-olah mereka seperti suci dalam debu.

DAP jangan cuba kalih isu masalah dalaman parti mereka. Beberapa Adun letak jawatan, dipecat. Adun PKR yang kritis dengan alam sekitar telah dipinggirkan. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk taring



Demikianlah Artikel DAP serang PAS untuk kalih isu

Sekianlah artikel DAP serang PAS untuk kalih isu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP serang PAS untuk kalih isu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/dap-serang-pas-untuk-kalih-isu.html

Subscribe to receive free email updates: