Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno

Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno
link : Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno

Baca juga


Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang cuba memperlekehkan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani gejala rasuah.
 
Menurut Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang Datuk Sulaiman Abd. Razak, sekiranya kerajaan negeri mempunyai inisiatif yang lebih baik tapi mengapa Selangor masih lagi terpalit dengan gejala berkenaan.
 
"Dia tak berpijak di bumi nyata, di Selangor kita lihat banyak tangkapan-tangkapan rasuah PBT, bukan setakat baru-baru ni. Sebelum-sebelum ni pun banyak, kalau dia kata dia ada cara lebih baik maknanya Selangor ni bebas rasuahlah daripada dulu. Yang melibatkan PKR sendiri, Adam Rosly," katanya kepada Antarapos.
 
Sulaiman berkata demikian bagi mengulas dakwaan Azmin bahawa tindakan Selangor memerangi rasuah lebih efektif berbanding menandatangani Indeks Bebas Rasuah (IBR), inisiatif yang digerakkan SPRM.
 
Azmin semalam juga mendakwa, kerajaan negeri juga ada mengusulkan penambahbaikan terhadap cadangan IBR untuk diteliti sebelum melafaz ikrar tersebut.  
 
Untuk rekod, SPRM ada melakukan serbuan terhadap Universiti Selangor (Unisel), pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) selepas ada laporan penyelewengan dibuat.
 
SPRM mendapat laporan bahawa MBI membuat bayaran sebanyak RM16 juta kepada kontraktor Unisel, iaitu JNSB sedangkan syarikat berkenaan telah ditamatkan perkhidmatannya ketika itu.
 
Bayaran itu dikatakan dilulus oleh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd yang dipengerusikan Azmin kepada JNSB pada 9 Mac 2015 dan 24 Jun 2016
 
Bukan itu saja, Sulaiman yang merupakan ADUN Permatang juga turut mempersoalkan cara yang digunapakai kerajaan negeri itu, daripada segi pelaksanaan dan pemantauan. 
 
"Kalau Selangor ada cara-cara tu, siapa yang akan memantau? Siapa yang boleh melihat samada cara-cara tu betul berkesan atau benar. Siapa yang ambil tindakan kalau kes rasuah berlaku," soal beliau.
 
Sulaiman juga turut menasihatkan Azmin supaya tidak mempolitikkan usaha SPRM dan berlapang dada melafaz ikrar seperti mana yang telah dilakukan di dua negeri pembangkang. 
 
"Menteri Besar ni semua perkara nak dipolitikkan, sampai kes rasuah pun. Segala-galanya hidup menteri besar ni penuh dengan politik. 
 
"Itu satu kenyataan yang tak sepatutnya keluar daripada seorang ketua kerajaan. Kerana semua kerajaan-kerajaan yang dibawah pakatan (iaitu) Kelantan dan Pulau Pinang (dah lafaz)," ujar beliau. 
 
Sementara itu, beliau memberitahu Umno Selangor bakal membawa usul lafaz ikrar ini kepada sidang DUN yang akan datang untuk dibahaskan.
 
"InsyaAllah kita akan bawa isu IBR ini ke sidang DUN akan datang. (Kita akan gesa) ikrar dan jelaskan, kalau kata ada yang lebih baik dari segi apa? Apakah boleh ambil tindakan sendiri tanpa SPRM, bolehkah buat pendakwaan tanpa melalui SPRM. Atau akhirnya kerajaan negeri akan laporkan kepada SPRM untuk ambil tindakan," ujarnya lagi.



Demikianlah Artikel Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno

Sekianlah artikel Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau ada cara lebih baik kenapa Selangor tak bebas rasuah?, soal Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kalau-ada-cara-lebih-baik-kenapa.html

Subscribe to receive free email updates: