Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M

Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M
link : Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M

Baca juga


Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M


  
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ketika ini bukanlah mencari kebenaran sebaliknya mempunyai matlamat lain.

Kata bekas perdana menteri itu jika ada sesuatu laporan polis dibuat ke atas anggota atau penyokong pembangkang, polis akan menjalankan siasatan dengan segera, malah menubuhkan RCI dengan tergesa-gesa.

"Tetapi sebenarnya bukanlah kebenaran dikejar, tetapi gambar (seseorang) memakai pakaian lokap yang diutamakan," katanya di Muar, Johor malam tadi.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berucap di depan kira-kira 2,500 orang penyokong yang menghadiri majis sambutan ulang tahun pertama parti berkenaan.

Johor dianggap satu daripada negeri yang berpotensi menyediakan tapak kepada pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), terutama dengan pembabitan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden BERSATU.

Muhyiddin juga adalah bekas menteri besar Johor.

Turut hadir di majlis itu beberapa pemimpin kanan HARAPAN.

Hilang dari muka bumi

Kata Dr Mahathir dengan langkah itu rakyat ditakutkan walaupun mereka tidak bersalah.
Pada masa sama katanya isu yang yang sudah diselesaikan berpulih-puluh tahun lalu diungkit dan "dikorek" semula.

"Sebaliknya jenayah yang dilakukan sekarang bebas daripada siasatan, bahkan (dilindungi) daripada perbincangan secara terbuka," katanya.

Sebuah RCI kini sedang mengendalikan siasatan isu kerugian Bank Negara daripada aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) yang berlaku pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an.

Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika aktviti forex itu berlaku, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan.

Sementara itu dalam ucapan sama Dr Mahathir juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memusnahkan "nilai-nilai mulia" di negara ini dengan falsafah "cash is king" - suatu dakwaan yang berulang kali disebut beliau sebelum ini.

Dengan keadaan itu katanya ada kemungkinan negara ini akan dijajah semula dengan keadaan begitu.
"Akan hilanglah Malaysia dari muka bumi ini jika Najib menang pilihan raya umum ke-14 dan terus menjadi perdana menteri.

"Mungkin (Najib) menjadi perdana menteri boneka yang bergerak dan bertutur kata mengikut kehendak dalangnya," kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan tersebut.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M

Sekianlah artikel Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gambar pakai baju lokap lebih utama, kata Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/gambar-pakai-baju-lokap-lebih-utama.html

Subscribe to receive free email updates: