Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan

Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan
link : Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan

Baca juga


Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan

MALAYSIAKINI


Pemuda PAS yakin parti itu dapat menawan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 seperti dilakukan mereka pada 2008 lalu.

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata keyakinan itu dibuat berdasarkan kepada "semangat dan roh" anggota parti itu yang membara di Kedah.

Katanya, PAS sudah bertapak kukuh di negeri itu dan teruji dengan pelbagai sejarah serta pengalaman.

"Peristiwa Memali, Lubuk Merbau dan rampasan tanah Muassasah Darul Ulum serta tokoh-tokoh pernah dilahirkannya, mengenalkan semangat dan roh (PAS) yang membara di negeri ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Kata anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu Pemuda PAS Kedah sedang cukup bersedia menempuh cabaran PRU ke-14 di semua 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan 15 parlimen seluruh negeri ini dengan jentera yang cukup baik.

"Malah, mereka bersedia untuk menurunkan BN yang sarat dengan bebanan dan masalah untuk tidak terus diteraju kuasa.

"Bahkan, kemampuan Pemuda PAS Kedah tentunya mengatasi Pakatan Harapan yang masih tidak sepakat dan celaru, serta rela ditentu nasib oleh DAP," katanya.

Tiga insiden penting

Untuk rekod insiden Memali berlaku pada 1985 membabitkan pertempuran antara penduduk kampung dengan pasukan keselamatan negara dan berakhir dengan kematian 18 orang, termasuk empat anggota polis.

Penduduk kampung yang terbunuh itu adalah penyokong PAS. PAS menuntut Tun Dr Mahathir - yang menjadi perdana menteri ketika itu - meminta maaf kepada waris mangsa dan menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenainya.

Peristiwa Lubuk Merbau pula berlaku menjelang pilihan raya kecil Padang Terang - juga pada 1985.
Beberapa anggota PAS cedera dipukul semasa memasang poster dan bendera parti dan seorang daripadanya meninggal dunia.

Datuk Seri Najib Razak ialah ketua pemuda Umno ketika itu.

Muassasah Darul Ulum pula ialah sekolah agama yang diasaskan Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Pokok Sena, Kedah.

Tanah untuk pembangunan pusat pendidikan itu dirampas kerajaan Kedah secara rasmi pada Julai 1987 walaupun ditentang dan dikritik hebat sebahagian daripada penduduk negeri itu.

Bagaimanapun selepas pelbagai rundingan diadakan tanah yang dirampas itu akhirnya dikembalikan kira-kira dua tahun kemudian.




Demikianlah Artikel Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan

Sekianlah artikel Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pemuda-pas-yakin-kedah-dapat-ditawan.html

Subscribe to receive free email updates: