JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi

JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi
link : JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi

Baca juga


JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) hari ini mempertahan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarahnya berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian yang dialami Bank Negara di pasaran Forex lewat 1980-an hingga 1990-an.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, JASA mempersoal bagaimana kenyataan Datuk Mohd Puad Zarkashi boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi dianggap pelik dan melucukan.
 
JASA berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dibuat terhadap Puad.
 
“Setidak-tidaknya Sri Ram sedar bahawa komen Mohd Puad itu bukan satu penghinaan di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950,” kata JASA dalam kenyataannya.
 
Selain itu, JASA menjelaskan, kenyataan Mohd Puad merupakan satu pertanyaan serta menggunakan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
 
Mohd Puad juga, menurut JASA, mempersoalkan siapa individu yang layak dan berkuasa memberi kelulusan kepada Nor Mohammad yang ketika itu menjadi pengurus bahagian biasa di Bank Negara untuk membuat dagangan melebihi had iaitu melebihi AS$1 bilion sehari- berdasarkan kenyataan saksi Azman Mat Ali.
 
“Sejak bila suatu pertanyaan dari orang awam boleh mengancam dan mencederakan saksi?
 
"Tidak masuk akal seorang pengurus biasa mempunyai kuasa membuat dagangan melebihi AS$1 bilion sehari dan boleh meneruskan dagangan sebesar ini bertahun-tahun lamanya biarpun selepas mengalami kerugian.
 
"Sebenarnya sikap Nor Mohamed sendiri yang bakal meletakkan dirinya dalam bahaya.
 
"Lebih-lebih lagi selepas lebih ramai saksi, termasuk menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kenyataan,” katanya lagi.
 
Sri Ram dalam kenyataannya mendakwa, kenyataan Mohd Puad yang mengatakan Nor Mohamed cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal Forex boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi.
 
Sri Ram memetik Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mengancam, menghina atau mencederakan orang lain yang memberikan keterangan, atau berdasarkan keterangan yang telah diberikannya kepada pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun."
 
Bekas hakim itu, bagaimanapun, berkata komen Mohd Puad itu mungkin tidak termasuk dalam definisi penghinaan di bawah Seksyen 14 akta yang sama.
 
 


Demikianlah Artikel JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi

Sekianlah artikel JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JASA pertahan kenyataan Puad Zarkashi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/jasa-pertahan-kenyataan-puad-zarkashi.html

Subscribe to receive free email updates: