Judul : Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen
link : Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen
Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Melawati hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor membina pusat konvensyen di tanah yang sepatutnya dijanjikan pusat kemudahan infrastruktur kegunaan penduduk.
Taman Melawati merupakan salah satu kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak.
Kawasan itu juga diwakili Saari Sungib selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang.
Bantahan itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, berhadapan pusat beli belah Melawati yang sebelum ini juga mendapat bantahan daripada penduduk sekitar.
Cadangan pembinaan pusat konvensyen berkeluasan 3.37 ekar itu di atas sebidang tanah, yang ketika ini menempatkan gelanggan futsal, dan bersebelahan dengan pejabat khidmat wakil rakyat Azmin.
Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan ABC, Taman Melawati, Razman Hakimi Abdullah berkata pihak penduduk hanya mengetahui cadangan pembinaan pusat konvensyen itu pada penghujung Mei lalu.
Sime Darby Sdn Bhd merupakan pemaju bertanggungjawab membina pusat konvensyen itu, juga pemaju yang sama menaikkan pusat beli belah Melawati.
"Sedangkan dataran ini dijanjikan oleh pemaju Sime Darby sejak lima tahun. Penduduk di sini hanya mendapat tahu akan ditutup untuk menaikkan pusat konvensyen. Kita tak perlukan lagi pusat konvensyen sebegini, kita sudah ada pun seperti Lembaga Juru Ukur yang besar, berdekatan dengan pusta beli belah ini.
"Kami berpandangan Azmin kena fikir perkara ini. Kami semua penduduk di sini, hendak menjadikan Taman Melawati ini persekitaran hijau," ujar Razman.
Lebih memburukkan keadaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan berkenaan adalah, segala aduan yang diajukan kepada pihak kerajaan tempatan tidak diambil endah.
Sehubungan itu Razman memberitahu, pihaknya akan menghantar satu petisyen membantah pembinaan pusta konvensyen itu pada Isnin ini.
"Penduduk akan menghantar petisyen kepada Azmin, Saari dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada Isnin ini untuk tindakan lanjut," ujarnya kepada pemberita.
Demikianlah Artikel Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen
Sekianlah artikel Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk Taman Melawati tolak cadangan Azmin bina pusat konvensyen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/penduduk-taman-melawati-tolak-cadangan.html