Kaji semula Bas Selangorku

Kaji semula Bas Selangorku - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaji semula Bas Selangorku, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaji semula Bas Selangorku
link : Kaji semula Bas Selangorku

Baca juga


Kaji semula Bas Selangorku

Kaji semula Bas Selangorku
Bas Selangorku melalui Hentian Bas dan Teksi Pekan Sabak Bernam.
 
 
SABAK BERNAM - Bas Selangorku yang disediakan untuk rakyat secara percuma perlu dikaji semula perkhidmatannya kerana disifatkan tidak memenuhi cita rasa penduduk sekitar daerah Sabak Bernam.

Seorang penduduk, Mohamad Anang, 69, berkata, perkhidmatan bas itu dianggap satu pembaziran besar kerana bilangan penumpang di daerah itu dianggap terlalu rendah, melainkan hanya dinaiki kumpulan warga asing.

“Saya fikir, kemudahan ini tak dinikmati sepenuhnya rakyat Selangor dan minta supaya wang itu dibelanjakan untuk kepentingan seluruh rakyat di negeri ini,” katanya.

Mohamad berkata, kerajaan Selangor dicadangkan melihat persekitaran setempat antaranya menjadikan Bas Selangorku sebagai pengangkutan utama pelajar ke sekolah.

“Kalau di sekitar daerah ini, majoriti pelajar sekolah menengah terpaksa menunggang motosikal ke sekolah dan ini membahayakan keselamatan.

“Jika Bas Selangorku ini diperluaskan untuk bawa pelajar pergi dan pulang ke sekolah, ini lebih bersifat menyeluruh. Saya fikir, ini juga dapat mengurangkan kes kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah,” katanya.

Seorang penduduk di kampung Simpang Lima, Normah Hussin, 57, berkata, perkhidmatan bas percuma itu hanyalah menguntungkan warga asing.

“Sekarang ni, penduduk dah pandai bawa motosikal dan kereta sendiri. Jarang mereka naik bas sebab faktor kekangan masa dan sebagainya.

“Bagi saya, perkhidmatannya perlu dikaji semula supaya wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja,” katanya.

Seorang penuntut Universiti Awam, Nurul Hasanah Jamaluddin, 22, berkata, dia tidak pernah mendapatkan perkhidmatan bas percuma itu kerana membawa kenderaan sendiri ke universiti.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, rakan-rakannya yang lain lebih selesa mendapatkan perkhidmatan bas berbayar.

“Bas Selangorku seperti bas henti-henti dengan jarak perjalanan dari satu hentian ke hentian berhampiran, berbanding bas berbayar yang tawarkan jarak perjalanan lebih jauh,” katanya.

Presiden Pertubuhan Prihatin Malaysia (Prihatin), Dr Mohd Hisham Surgi berkata, beliau menyokong usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri Selangor.

“Ini satu sumbangan yang terbaik untuk kebajikan masyarakat terutama dalam kos hidup yang semakin tinggi dari aspek pengangkutan.

“Tak semua masyarakat kita khususnya golongan pelajar dan pekerja industri mempunyai kenderaan,” katanya.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, beliau ambil maklum berhubung beberapa rungutan yang disuarakan pemandu kereta sewa dan penduduk di sekitar daerah Sabak Bernam.

“Kerajaan negeri mengambil kepentingan masyarakat secara keseluruhannya dan keutamaan kami ialah membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bas percuma ini.

“Saya juga menyokong cadangan supaya laluan pengangkutan percuma ini diperluaskan dan saya berjanji akan memanjangkan permintaan ini. Kita akan ambil kira keselamatan pelajar-pelajar dan mengambil kira kos sara hidup yang tinggi,” katanya



Demikianlah Artikel Kaji semula Bas Selangorku

Sekianlah artikel Kaji semula Bas Selangorku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaji semula Bas Selangorku dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kaji-semula-bas-selangorku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :