Judul : Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar
link : Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar
Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar
ANTARAPOS.COMRASAH: Seorang lelaki yang berdepan pertuduhan kes bunuh di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini bertindak agresif apabila cuba menendang beberapa jurugambar yang merakam gambarnya.
Tertuduh, Chong Kar Boon, 22, berbuat demikian semasa dibawa keluar dari mahkamah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh membunuh seorang warga emas, Gan Swee Eng, 70, dekat persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Munawir di sini pada pukul 4.10 pagi, 7 September lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Rahimah Rahim.
Memetik laporan Utusan Malaysia, pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala tertuduh diwakili peguam, T.L. Chen dan Datuk Hamdan Majid.
Mahkamah menetapkan 16 November depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Demikianlah Artikel Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar
Sekianlah artikel Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berang gambar dirakam, lelaki tendang jurugambar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/berang-gambar-dirakam-lelaki-tendang.html