Judul : [KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan
link : [KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan
[KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Kerajaan mencadangkan agar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dipinda bagi memasukkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz hari ini.
Menurut Zahid, perkara itu akan dibincangkan dengan wakil-wakil kerajaan negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.
"Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa dimana hal-hal berkaitan agama dibawah pemantauan kerajaan negeri," katanya.
"Kami tidak berniat untuk mengambil alih kuasa kerjaan negeri dan juga yang di-Pertuan Agong. Biarpun sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi kerajaan pusat mengambil peduli kerana kita tidak boleh melihat adanya ketidakpedulian oleh maahad tahfiz yang menyebabkan kematian," katanya dipetik Astro Awani.
Cadangan itu merupakan antara langkah proaktif yang dikemukakan dalam mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk isu keselamatan.
Pindaan itu juga membolehkan kerajaan Persekutuan untuk menyelaras pentadbiran dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah terbabit.
Tambahnya mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyelarasan bersifat kekal bagi memantau pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR), maahad tahfiz dan pondok agama di seluruh negara.
Ketika ini terdapat 940 maahad tahfiz swasta dengan lebih 150,000 pelajar berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia namun hanya 612 yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.
"Ini bermakna 321 maahad tahfiz tidak berdaftar atas alasan khuatir kononnya kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan mahu ambil alih (pusat) tahfiz mereka," tambahnya.
Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz ditubuhkan susulan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Khamis lalu.
Tragedi menyayat hati yang berlaku ketika waktu subuh itu mengorbankan 21 pelajar dan dua warden selepas terperangkap di tingkat atas bangunan setinggi tiga tingkat itu.
Demikianlah Artikel [KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan
Sekianlah artikel [KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] Kebakaran tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kemaskini-kebakaran-tahfiz-kerajaan.html