Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat

Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat
link : Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat

Baca juga


Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat


Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low atas penangguhan berterusan pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA).

Beliau mengungkit kenyataan Low dua tahun lalu bahawa akta itu akan dibentangkan pada tahun 2016.

Bagaimanapun, katanya, Low kini berkata ia tidak akan sempat dibentangkan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita tertanya-tanya adakah (Datuk Seri) Najib (Razak) telah memberitahu Low bilakah tarikh PRU14.

“Jika tidak, bagaimanakah Low begitu yakin sekali bahawa PDEA tidak akan sempat dilaksana menjelang PRU14?” soalnya.

"Atau adakah kerana Low begitu teringin mahu bertanding sebagai calon langsung BN pada PRU14, serta meramalkan Najib akan kekal menjadi perdana menteri selepas PRU14, dan Low akan masih menjadi menteri bagi menyempurnakan penggubalan PDEA?"

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata Low “sama teruk” dengan menteri BN walaupun bekas presiden Transparency International-Malaysia itu menegaskan beliau bukan ahli politik dan akan mengotakan janji.

“Rakyat berhak tahu apakah pencapaian dan sumbangan beliau, jika ada, sejak dilantik menganggotai kabinet Najib pada tahun 2013 sehingga kini.

“Tidak ada rasa malukah pada 'menteri integriti' ini sekiranya beliau tidak boleh meyakinkan orang ramai bahawa pelantikannya memberi manfaat kepada rakyat?” katanya.

Lim juga menyindir Low dengan berkata mungkin satu-satunya pencapaiannya ialah dengan mengeluarkan jawapan parlimen satu perenggan berkaitan status siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd tanpa huraian lanjut.




Demikianlah Artikel Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat

Sekianlah artikel Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri dikecam kerana akta pembiayaan politik lambat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/menteri-dikecam-kerana-akta-pembiayaan.html

Subscribe to receive free email updates: