Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan

Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan
link : Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan

Baca juga


Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua AMK Kelantan yang baru Mohd Khairul Amin Abd Rahman dan bekas ketuanya Dr Mohd Hafidz Rizal Amran perlu mengadakan perjumpaan 'empat mata' bagi menyelesaikan sebarang perbalahan antara mereka.
 
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Mohd Sukirman Mustafa berkata Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu bersemuka tanpa kehadiran orang ketiga yang bertindak sebagai faktor pendamai.
 
"Bagi saya kedua-dua pemimpin muda ini ada pengaruh, jadi gunakan pengaruh yang ada itu untuk kebaikan rakyat.
 
"Bertemu dan berbincang bagaimana nak buat sebab kita pun nak hadap pilihan raya, kalau kita bergaduh rakyat memerhatikan jadi dalam tempoh masa yang ada ini baik kita berjumpa dan berbincang," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata bagi tujuan menyelesaikan perbalahan itu, perlu ada pihak yang memulakan langkah pertama bagi menyatukan kembali hubungan antara mereka.
 
"Jadi orang kata buangkanlah yang keruh sebab bagi saya pergaduhan antara puak dalam parti ini tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya hanya merugikan.
 
"Jadi baik mengadakan pertemuan, kalau boleh dibawa berbincang kita bincang," katanya.
 
Kemelut politik PKR Kelantan berlarutan selepas Mohd Khairul Amin sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK negeri yang baharu bagi menggantikan Dr Mohd Hafidz Rizal yang dipecat daripada jawatan itu.
 
Namun Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir enggan mengiktiraf Mohd Khairul Amin dengan menganggap pelantikan oleh Ketua AMK Kebangsaan Nik Nazmi Nik Ahmad itu dibuat tanpa mengikut Peraturan Tetap AMK Malaysia.
 
Sehubungan itu Ab Aziz mengambil pendirian untuk melantik kembali Mohd Hafidz Rizal selaku koordinator untuk sayap AMK Kelantan.
 
Malah beliau menggesa semua AMK Cabang di Kelantan untuk memberikan kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memperkukuhkan parti di negeri ini.
 
Tiada istilah dua Ketua AMK Kelantan
 
Mengulas lanjut Mohd Sukirman turut menafikan bahawa pergerakan sayap pemuda Kelantan diterajui dua ketua susulan pelantikan Mohd Hafidz Rizal sebagai koordinator.
 
"Ia bukan dua ketua pada pendapat saya, Khairul dilantik Nik Nazmi manakala Dr Hafidz selaku koordinator ini dilantik sendiri oleh pengerusi negeri.
 
"Pada saya ia berlaku pertembungan dua pihak dan kedua-dua pihak ada kelompok pengaruh dan penyokong sendiri," katanya.
 
Tambahnya, konflik antara Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu dipulihkan kerana bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada keadaan itu.
 
"Perkara ini tidak akan berlaku kalau Nik Nazmi selaku Ketua Amk Pusat mengikut lunas peraturan yang betul.
 
"Kerana beliau tidak mengikut lunas peraturan AMK yang betul ia seolah-olah mencabar kuasa negeri dan bila dah mencabar kuasa negeri itu yang timbul masalah," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan

Sekianlah artikel Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Khairul Amin dan Mohd Hafidz Rizal perlu adakan pertemuan empat mata selesai perselisihan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mohd-khairul-amin-dan-mohd-hafidz-rizal.html

Subscribe to receive free email updates: