Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib

Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib
link : Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib

Baca juga


Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
 
"Dialog TN50 ini (membincangkan hal-hal) bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.
 
"Sebagai contoh, perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan hanya akan dapat dilihat hasilnya pada dua tiga generasi akan datang," katanya ketika sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sini, pada Isnin.
 
Turut hadir ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
 
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut memberikan bayangan beberapa berita baik akan diumumkan khusus bagi wanita pada pembentangan belanjawan itu, yang dijadual pada 27 Okt.
 
"Saya tidak mahu beritahu sekarang," katanya.
 
Perdana Menteri berkata Bajet 2018 mengambil kira hasil pendapatan negara sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sebarang peruntukan.
 
Menyifatkan pengurusan belanjawan negara seperti menguruskan perbelanjaan rumah tangga, Najib berkata kerajaan tidak boleh membelanjakan kesemua wang yang ada kerana jika kerajaan berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.
 
"Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).
 
"Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?" katanya.
 
Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata pembangkang yang mahu hapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.
 
 


Demikianlah Artikel Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib

Sekianlah artikel Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/bajet-2018-merangkumi-aspirasi-tn50-pm.html

Subscribe to receive free email updates: