Judul : MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan
link : MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan
MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan
Surendran berkata pembangkang pasti akan menyokong apa jua rang undang-undang jika ia akan membolehkan sistem sedemikian dilaksanakan.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkata pendaftaran pengundi secara automatik bukan sesuatu yang mustahil sebagaimana didakwa kerajaan kerana ia boleh dilaksanakan menerusi pindaan kecil terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berkata aspek itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu, apa yang diperlukan adalah pindaan membabitkan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan yang meliputi aspek kelayakan pengundi.
“Kerajaan harus berbincang dengan kami, bukannya mengatakan ia tidak dapat dilakukan.
“Banyak negara telah melaksanakan sistem ini,” kata beliau kepada FMT.
Beliau menambah, pembangkang pasti akan menyokong apa jua rang undang-undang jika ia akan membolehkan sistem sedemikian dilaksanakan.
Surendran menambah, kerajaan memberi alasan yang tidak baik sepanjang masa mengapa sistem pendaftaran pemilih automatik tidak dapat dilaksanakan meskipun permintaan mengenainya telah dibuat sejak beberapa tahun yang lalu.
“Ia bukan sesuatu yang baharu. Tetapi kerajaan tidak melakukannya, memberikan alasan yang buruk. Mereka mesti menjelaskan mengapa (tidak boleh melaksanakan),” kata beliau.
Laporan media memetik Azalina berkata kerajaan berpendapat amalan menetapkan pendaftaran pengundi secara automatik menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, cadangan untuk menjadikan pendaftaran pengundi secara automatik adalah melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Demikianlah Artikel MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan
Sekianlah artikel MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MP Pakatan: Daftar pengundi automatik boleh hanya dengan pindaan kecil Perlembagaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mp-pakatan-daftar-pengundi-automatik.html