Judul : Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir
link : Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir
Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir
Perbezaan pendapat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung kedudukan PAS telah menimbulkan masalah kepada Pakatan Harapan (PH), kata pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, PKR yang merupakan sebahagian dalam PH sepatutnya menghentikan sebarang rundingan dengan PAS, selaras dengan keputusan bersama yang dipersetujui gabungan pembangkang itu.
“PKR ada banyak pendirian mengenai kerjasama dengan PAS. Ini akan mengelirukan pengundi.
“Saya akui kita ada sedikit masalah dengan PKR kerana Anwar secara terbuka mahu teruskan kerjasama dengan PAS.
“Sebagai satu pakatan, kita putuskan tiada lagi rundingan dengan PAS kerana tiada ruang untuk kita terima PAS.
“Kita akan hentikan rundingan tersebut. Saya harap kita akan dapat lakukan,” kata Dr Mahathir dalam satu sesi dialog di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata sekiranya PAS sertai PH, maka akan menyukarkan lagi persoalan pembahagian kerusi.
“PAS akan bertegas mahukan 60 kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya lepas.
“Jika mereka ambil 60 kerusi, apa yang tinggal untuk Amanah, dan orang lain (PPBM) kecuali Muhyiddin Yassin,”katanya.
Demikianlah Artikel Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir
Sekianlah artikel Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perbezaan Pendapat Anwar Lemahkan Pakatan Harapan – Dr Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/perbezaan-pendapat-anwar-lemahkan.html