Judul : Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR
link : Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR
Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjawab isu terpaksa meletak jawatan dalam parti, gara-gara kenyataannya yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan mengenepikan arahan Ketua Umum parti, Anwar Ibrahim berhubung isu menjalinkan kerjasama semula dengan PAS.
“Khabar bahawa saya “meletak jawatan” dikaitkan dengan saya dikatakan”tidak puas hati” dengan arahan Dato Seri Anwar Ibrahim tentang”berunding dengan Pas”dan ekoran daripada itu saya dikecam dan akibatnya saya kecewa, adalah jelas ini satu adu domba daripada pihak yang tidak mahu melihat KEADILAN terus stabil dan Pakatan Harapan terus kuat.
“Saya maklumkan bahawa komitmen saya bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan dan khabar saya meletak jawatan adalah TIDAK BENAR. Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya saya maafkan,”kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Saifuddin juga turut mendakwa Anwar amat memahami strategi politik di sebalik kenyataan yang dilihat bertentangan dengan arahan Ketua Umum PKR itu.
“Tatkala Dato Seri Anwar Ibrahim tampil dengan nota dari penjara, Pakatan Harapan telah membuat keputusan.
“Mengenali beliau secara dekat, Dato Seri Anwar Ibrahim seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan tersebut.
Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, PAS tetap memilih jalannya sendiri.
“Adalah lebih utama KEADILAN menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Pakatan Harapan dan menerima hakikat PAS telah ada pilihannya,”katanya.
Menjelaskan lanjut, Saifuddin mendakwa Anwar juga turut merestui agar PKR terus memperkasakan PH.
“KEADILAN telah berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni PAS. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dibuat. Siri-siri pertemuan telah melibatkan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya PAS. Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak.
“Usaha dibuat di sebalik keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan KEADILAN. Demikian KEADILAN menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno/ Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan KEADILAN dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/Bn.
“Di sebalik latar politik inilah Pakatan Harapan yang KEADILAN adalah komponen nya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama pakatan menghadapi pilihanraya umum ke14 dan tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Kenyataan ini saya keluarkan sejurus saya bercakap dengan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menemani Dato Seri Anwar di mahkamah,”katanya lagi.
Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan
Demikianlah Artikel Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR
Sekianlah artikel Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuduhan Tidak Sokong Anwar, Saifuddin Jawab Isu Letak Jawatan SU PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/tuduhan-tidak-sokong-anwar-saifuddin.html