Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir

Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir
link : Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir

Baca juga


Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pimpinan PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bersetuju dengan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lupakan isu 'mohon maaf atas kesilapan lampau' dan fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Abdullah berkata semua parti dalam pembangkang harus lupakan apa yang sudah berlaku dan terus mara untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.  
 
"Yang penting kita nak ke depan. Kita kena ke depan dalam semua pertembungan kita dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dan juga kumpulan yang bersekongkol dengannya. Isu yang kebelakang ini, isu yang sebelum ini ialah isu yang menjadi sejarah. 
 
"Bila jadi sejarah, kita perbaiki lah sejarah. Itu yang sepatutnya kita renung sebab kita nak kedepan. Jangan fikir banyak sangat benda yang lepas sebab sekarang ini kita nak kalahkan Umno-BN. Kita nak fokus pilihan raya, bukan sahaja Umno tetapi mereka yang bersekongkol dengan mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempersoalka perlukah beliau memohon maaf terlebih dahulu sebelum boleh mengguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Dalam temubual secara langsung menerusi laman Facebook bersama portal The Malaysian Insight kelmarin, Dr Mahathir mendakwa desakan untuknya memohon maaf adalah isu kecil.
 
“Adakah saya perlu meminta maaf terlebih dulu dan kemudian barulah saya boleh melawan Najib?
 
“Sebenarnya ini adalah hal kecil. Perkara utama ialah melawan kleptokrasi di Malaysia,” kata Dr Mahathir.
 
Awal pembabitan Dr Mahathir dalam parti pembangkang, beliau dituntut memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya, namun beliau tidak berbuat demikian hingga hari ini.
 
Dr Mahathir juga kerap disoal rakyat yang hadir dalam beberapa forum berhubung pentadbirannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.
 
Bekas Presiden Umno itu juga berdepan saat tegang apabila beliau ditanya perihal tragedi Memali dalam forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, baru-baru ini.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kegagalan Dr Mahathir menjawab isu itu menyebabkan kekecohan berlaku sehingga ada selipar, botol air dan kerusi dilemparkan ke arah peserta malah terdapat suar dinyalakan hingga memaksa hadirin yang hadir bertempiaran lari menyelamatkan diri



Demikianlah Artikel Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir

Sekianlah artikel Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abdullah Sani setuju lupakan isu 'mohon maaf' Tun Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/abdullah-sani-setuju-lupakan-isu-mohon.html

Subscribe to receive free email updates: