Judul : PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier
link : PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier
PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PKR Selangor meneruskan rundingan dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan saingan dua penjuru menentang Barisan Nasional (BN) sekurang-kurangnya di negeri itu.
Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar mengesahkan perbincangan PKR dengan PAS di peringkat negeri terus diusahakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun menegaskan bahawa komitmen parti itu kepada Pakatan Harapan (PH) tidak harus dipersoalkan.
"Apa yang saya tahu ialah kita setuju dengan keputusan Pakatan Harapan (PH). Di Selangor kita memang ada berunding sikit dengan PAS. (Soalan: Pada ketika ini?) Iya," kata Xavier kepada Antarapos.
Xavier menjelaskan PKR terus mengusahakan perbincangan dengan PAS bagi memperolehi sebarang penyelesaian bersabit pengagihan kerusi dalam menghadapi pilihan raya.
Namun tambah beliau, sekiranya hasil perbincangan tidak seperti yang diharapkan, PKR tetap bersedia untuk menghadapi saingan pelbagai penjuru termasuk daripada PAS pada PRU14 kelak.
Apa yang penting kata beliau ialah jangka masa sesuai ditetapkan untuk mencapai hasil yang disasarkan dalam rundingan PKR-PAS itu.
"Walaupun PKR melalui Datuk Seri Azmin Ali akan adakan perbincangan untuk lihat penyelesaian dengan PAS, tetapi mesti ada masa yang diberikan untuk kita capai satu hasil daripada perbincangan ini.
"Dari itulah kita boleh teruskan, namun dalam masa yang sama khususnya di Selangor, kita minta kawasan yang kita bertanding agar bersedia hadapi tiga penjuru jika perbincangan dengan PAS tak jadi.
"(Sedia untuk tiga penjuru) kalau perbincangan tak ada hasil yang menunjukkan apa-apa tukaran yang kita fikirkan," jelas beliau.
Tambah Xavier, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR wajar memaklumkan hasil daripada perbincangan itu kepada parti dan juga rakan komponen dalam PH.
"Pada ketika ini Datuk Seri Azmin dia memang ada kuasa sebagai Timbalan Presiden dan dia dapat kelulusan parti untuk adakan perbincangan.
"Tapi hasil perbincangan itu kita belum tahu lagi. Saya harap hasil itu akan diberitahu kepada seluruh komponen PH, serta masa yang kita tetapkan mesti diberitahu kepada semua," ujar beliau.
Untuk rekod, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas telah memuktamadkan bahawa gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU14 dan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat pada 2 September lalu berkata beliau mempersetujui usaha Azmin berunding dengan PAS dalam membentuk kerjasama bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata surat Anwar menimbulkan "masalah" kepada pakatan pembangkang itu dan usaha akan dilakukan bagi memastikan PKR berhenti mengadakan rundingan untuk menjalin kerjasama dengan PAS.
Demikianlah Artikel PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier
Sekianlah artikel PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR Selangor teruskan berbincang dengan PAS - Xavier dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pkr-selangor-teruskan-berbincang-dengan.html