Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi

Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi
link : Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi

Baca juga


Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi

ASTRO AWANI

Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi tersentuh hati dengan pertolongan yang dihulurkan kepada warga emas itu oleh tiga petugas media. Facebook / Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
 
KUALA LUMPUR: Kemuliaan hati petugas media membantu seorang jemaah haji Malaysia yang kekejangan otot semasa pulang ke khemah penginapan selepas melontar Jamrah Kubra malam tadi, menarik perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi melalui catatan dalam laman Facebook hari ini menyatakan bahawa beliau tersentuh hati dengan pertolongan yang dihulurkan kepada warga emas itu oleh tiga petugas media berkenaan iaitu wartawan Elmi Rizal Elias dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahmad Lokman Mansor (New Straits Times) dan Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia).

"Sememangnya melontar merupakan saat yang paling mencabar buat jemaah haji Muassasah Malaysia kerana terpaksa berulang alik sejauh 7.5 kilometer dari khemah yang menempatkan jemaah haji Asia Tenggara termasuk Malaysia ke Kompleks Melontar Jamrah.
 
–– ADVERTISEMENT ––
"Sama-sama kita doakan agar Allah memberikan kekuatan dan kemudahan kepada seluruh jemaah haji Malaysia untuk menyempurnakan segala manasik haji sekali gus mendapat haji yang mabrur," katanya yang turut memuat naik gambar petugas media berkenaan.

Kesemua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) untuk melontar di ketiga-tiga jamrah - Sugra, Wusta dan Kubra - pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji yang melakukan 'nafar thani' akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan 'nafar awwal' akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah (3 Sept).

Setelah selesai melakukan ibadat melontar, jemaah Malaysia akan ke Makkah untuk tawaf dan saie bagi menyempurnakan rukun haji. -- BERNAMA 
 
 


Demikianlah Artikel Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi

Sekianlah artikel Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petugas media bantu jemaah haji dapat perhatian Asyraf Wajdi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/petugas-media-bantu-jemaah-haji-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: