'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang

'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang
link : 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang

Baca juga


'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang

ASTRO AWANI

'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang
Antara sumbangan Allahyarham ialah pembangunan ekonomi masyarakat Melayu melalui wujudnya rangkaian perniagaan Sate Kajang Haji Samuri di mana banyak peluang dibuka kepada mereka untuk menceburi rangkaian perniagaan tersebut. - Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Tidak keterlaluan jika dikatakan Sate Kajang Haji Samuri bukan sekadar sebahagian menu utama dalam kalangan masyarakat tetapi turut menyumbang ke arah perubahan landskap sosioekonomi di Kajang.

Mula beroperasi di gerai No.5 di Medan Sate Kajang pada tahun 1992, Sate Kajang Haji Samuri menjadi begitu sinonim dengan pekan Kajang selepas pengasasnya Allahyarham Datuk Samuri Juraimi menjenamakan semula produk makanan itu selain memberi perspektif yang lebih segar dan diterima luas oleh masyarakat.

Seorang penggemar, Prof. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata selain membentuk hubungan sosial yang positif, Sate Kajang Haji Samuri banyak memberikan sumbangan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara, khususnya di Kajang.

"Antara sumbangannya ialah pembangunan ekonomi masyarakat Melayu melalui wujudnya rangkaian perniagaan Sate Kajang Haji Samuri di mana banyak peluang dibuka kepada mereka untuk menceburi rangkaian perniagaan tersebut.

–– ADVERTISEMENT ––
"Selain itu penjenamaan semula makanan berkenaan berjaya menjadi lambang perpaduan masyarakat di Malaysia kerana bukan sahaja Melayu, tetapi juga India dan Cina menghargai serta menikmati sate sekali gus menjadikan ia antara hidangan utama negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamed Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata penjenamaan semula Sate Kajang secara tidak langsung menaikkan imej Kajang yang kekuatannya sebelum ini dibayangi imej dua daerah berjiran iaitu Bangi dan Serdang.

Jelasnya, Bangi dan Serdang masing-masing mempunyai jenama mereka sendiri yang menyebabkan kedua-dua bandar itu terkenal dalam kalangan masyarakat iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

"Nama pekan Kajang menjadi lebih dikenali selepas penjenamaan semula Sate Kajang Haji Samuri dan kini menjadi lebih terkenal setelah pelancaran Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang Transit Aliran Massa (MRT), yang menempatkan hentian stesen MRT Stadium Kajang.

"Kita dapat lihat bagaimana penjenamaan semula sate Kajang memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Kajang," katanya yang mengenali Sate Kajang Haji Samuri ketika bergelar pelajar di UPM dan menikmati hidangan itu setiap bulan sebagai hadiah motivasi diri.

"Pada majlis graduasi, saya merupakan penerima Hadiah Pingat Emas Canselor UPM dan kakak ipar meraikan kejayaan saya di restoran Sate Kajang Hj Samuri. Jadi memang ada nostalgia dengan sate Haji Samuri ni," katanya.

Allahyarham Datuk Samuri Juraimi, 73, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini pada 12.05 tengah malam tadi akibat kanser hati tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini. -- BERNAMA



Demikianlah Artikel 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang

Sekianlah artikel 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Sate Kajang Hj Samuri' antara penyumbang perubahan sosioekonomi Kajang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/sate-kajang-hj-samuri-antara-penyumbang.html

Subscribe to receive free email updates: