PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim

PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim
link : PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim

Baca juga


PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim

MALAYSIAKINI



Malaysia harus sentiasa meletakkan sasaran pencapaian yang tinggi bagi membolehkan negara terus terkehadapan dan mencipta lebih banyak kisah pembangunan dan kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menjayakan Dasar Digital Malaysia dan mempersiapkan negara menuju era Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia tidak mempunyai pilihan melainkan mesti berani dan meyakinkan diri bahawa negara mampu untuk melonjak lebih jauh daripada biasa.

"Maknanya, pencapaian kita mulai kini seharusnya mampu melangkaui batas-batas pencapian yang sudah lazim, atau "we must always raise the bar high and continue to keep the bar high for Malaysia”.

"Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai ‘role model” sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya, bakal menjadi rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara dinamik “High Income Advanced Economy” yang disegani,” katanya ketika menggariskan hala tuju negara dalam ucapan sembah tahniah bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara hari ini.

Tambahan, perdana menteri berkata Malaysia sekarang sudah berjaya diletak pada landasan yang tepat dan benar menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50), sekaligus bermakna negara tidak boleh lagi kekal di takuk lama.

Terdahulu dalam ucapannya, perdana menteri menzahirkan rasa gembira kerana negara bukan sahaja meraikan kegembiraan berganda selepas muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 dan menyambut Hari Kebangsaan tetapi sebenarnya telah mencapai satu lagi kegembiraan dengan sambutan Hari Keputeraan rasmi pertama Sultan Muhammad V, selaku Yang di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.

"Seluruh rakyat Malaysia seolah-olah mempersembahkan hadiah kepada tuanku serta bersama-sama, meraikan semua hal-hal yang gembira, sempena Hari Keputeraan Rasmi tuanku buat kali yang pertama, selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan kontinjen negara pada Sukan SEA yang dianjurkan Malaysia sendiri, Najib menyifatkan ia sebagai pencapaian terhebat negara dalam sejarah Sukan SEA dan berharap pelbagai lagi rekod kejayaan akan dicipta pada Sukan Para ASEAN yang akan bermula 17 September ini.

Merujuk kepada hal ehwal pembangunan dan kemajuan negara yang muktahir, perdana menteri berkata kerajaan akan terus mengutamakan projek-projek infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT), Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuh Raya Pan-Borneo serta projek keretapi kelajuan tinggi yang kini sedang rancak dan bakal dibina tidak lama lagi.

"Pastinya jua, apa-apa isu berkait kos sara hidup rakyat, akan menjadi keutamaan kepada kerajaan tuanku, agar rakyat teramai tidak terbeban dengan arus kepesatan pembangunan negara yang sedang berpecut laju,” kata perdana menteri.


Perdana menteri berkata dalam memperkukuhkan ekonomi negara, kerajaan tidak membuang masa dengan hal-hal remeh lagi merugikan, sebaliknya sejak lapan tahun lepas melalui Dasar Transformasi Nasional, kerajaan berfokus seoptimum mungkin bagi terus memperkukuh daya tahan ekonomi di celah-celah kemelut ekonomi global.
Beliau turut mempersembahkan kedudukan terkini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan pada kadar 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, iaitu antara yang tertinggi di dunia selain rizab antarabangsa Bank Negara yang semakin kukuh apabila kini merekodkan pertambahan kepada RM431.7 bilion.
Najib turut memetik beberapa pengiktirafan antarabangsa untuk negara termasuk oleh agensi penarafan Fitch Ratings yang mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-, manakala majalah Forbes meletakkan Malaysia pada kedudukan teratas antara semua negara Asia untuk pelaburan dan majalah International Living pula memilih negara sebagai destinasi persaraan terbaik dunia bagi 2017.
"Apa yang mustahak, segala fakta, angka dan peratusan kejayaan yang ditempa bukanlah hal syok sendiri, seperti cuba dimomokkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali, segalanya telah diabsahkan oleh badan-badan berwibawa,” katanya.
Dalam pada itu, Najib turut berharap segala kejayaan yang ditempa tidak dirosakkan mana-mana individu atas agenda peribadi.
"Malaysialah Negara kita, Tanah Tumpahnya Darah kita, Biar Putih Tulang, Jangan Sampai Putih Mata. Dirafak-rafak doa, semoga Allah terus memberi pertolongan dan rahmatNya, ke atas tanah pusaka bertuah ini sehingga akhir waktu," katanya.
Selain itu, Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus berperanan aktif dalam membantu golongan etnik minoriti Rohingya dan akan membawa isu itu hingga ke peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), agar kezaliman yang tidak berperikemanusiaan itu dapat dihentikan segera.
- Bernama


Demikianlah Artikel PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim

Sekianlah artikel PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM: M'sia harus berani melangkaui pencapaian lazim dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pm-msia-harus-berani-melangkaui.html

Subscribe to receive free email updates: