Judul : Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km
link : Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km
Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km
MALAYSIAKINIKembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 membuka tirainya hari ini dengan menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menjelajah kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi konvoi selama empat hari sehingga Selasa ini.
Pelepasan edisi ke-20 KMJ yang dicetuskan Sultan Ibrahim sejak 2001 itu diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, pada 9 pagi ini.
Pelepasan dilakukan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.
Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran KMJ, baginda memandu kereta beroda tiga Morgan buatan Britain dalam konvoi sejauh 808 kilometer dengan diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan keluarga diraja Johor.
Dari Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, konvoi KMJ 2017 akan merentasi Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195 kilometer.
Konvoi kemudian akan ke Mersing dan Kluang iaitu sejauh 157 kilometer pada hari kedua, seterusnya ke Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar sejauh 209 kilometer pada hari ketiga.
KMJ 2017 akan menutup tirai pada Selasa (12 Sept) dengan jarak perjalanan sejauh 247 kilometer dari Muar ke Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai.
Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco kerajaan negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan kerajaan Johor.
Antara aktiviti termasuk Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam pelbagai program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Baginda turut berkenan untuk menyelam dan menyempurnakan majlis pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut berhampiran Pulau Mensirip, Mersing.
Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapan pada majlis pelepasan itu berkata, program berkenaan merupakan satu daripada usaha terbaik untuk mewujudkan hubungan dua hala di antara pihak istana dan rakyat.
"Di sebalik segala keistimewaan dan pengisian yang menarik ini, kita jangan sesekali lupa falsafah besarnya. Kembara Mahkota Johor ini mempunyai simbolik dan makna yang sangat mendalam dan transformatif.
"Ini adalah manifestasi raja dan rakyat berpisah tiada. Ia menterjemahkan keakraban raja dengan rakyat. Ruang rakyat mempamerkan kasih dan sayang mereka pada raja yang satu-satunya," kata beliau.- Bernama
Demikianlah Artikel Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km
Sekianlah artikel Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Johor ketuai Kembara Mahkota Johor sejauh 808km dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/sultan-johor-ketuai-kembara-mahkota.html