Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan

Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan
link : Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan

Baca juga


Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan





Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak keputusan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa parti itu meneruskan rundingan dengan PAS kerana parti Keadilan kini terikat dengan keputusan bersama Pakatan Harapan (PH).

Saifuddin berkata gesaan Anwar itu bukan perkara baharu yang telah diusahakan sebelum ini, namun ia menemui kegagalan.

“Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat gesaan untuk membuka rundingan dengan PAS, hakikatnya PH telah membuat keputusan dan keadilan sendiri terikat dengan keputusan Pakatan Harapan.

“Hampir dua tahun gesaan DSAI dan rundingan dengan PAS dibuat oleh beberapa pimpinan PKR namun tidak sampai kepada rundingan pembahagian kerusi.

“Pimpinan PAS sendiri mengumumkan akan bertanding lebih 100 kerusi parlimen termasuk (kerusi PKR) di Gombak, Permatang Pauh dan Lembah Pantai,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata PKR menghantar kumpulan untuk berunding dengan PAS, namun syarat-syarat yang ditetapkan parti Islam itu menyebabkan rundingan itu menemui jalan buntu.

“Manakala pimpinan (PKR) yang berunding dengan PAS pula memaklumkan bahawa PAS letak syarat jangan usik kerusi PAS, pimpinan PKR jangan turun berkempen di Kelantan dan lain-lain lagi sebagai syarat untuk PAS sedia bincang dengan PKR,” katanya.

Dalam masa sama PKR meneruskan rundingan dengan PH, membahagikan kerusi serta mengagihkan kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS di kalangan empat parti komponen gabungan itu.

“Dalam proses ini semua kerusi PAS turut dibuat tuntutan oleh semua parti tanpa kecuali. Masih ada pertindihan tuntutan antara parti dan ada yang telah bersih tidak bertindih.

“Yang bertindih sedang diselesaikan secara bilateral dan trilateral. Langkah ini bertepatan dengan keputusan majlis presiden PH yang tidak lagi berurusan dengan PAS.

“Adalah sukar untuk PKR membuat rundingan dengan PAS soal pembahagian kerusi kerana proses yang sedang berlangsung hanya melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan,” tegas Saifuddin.
Saifuddin berkata PKR kini bergerak bersama PH tanpa mengambil kira ‘faktor PAS’.

“Masa makin suntuk. Langkah yang lebih realistik adalah bekerja dalam kerangka PH,” kata beliau.



Demikianlah Artikel Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Tolak Perutusan Anwar, PKR Terikat Dengan Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/saifuddin-tolak-perutusan-anwar-pkr.html

Subscribe to receive free email updates: