Judul : Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin
link : Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin
Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin
Oleh Shuhaniza Said
SETIA ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak lupa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja Ketua Umum PKR malah beliau juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) yang suaranya perlu dihormati serta didengari.
Ingatan itu diberikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali selepas diminta mengulas pendirian Dr Mahathir bahawa warkah Anwar dari penjara sebagai pembawa masalah kepada PH.
"Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum Pakatan Harapan (PH). Beliau bukan sekadar Ketua Umum kepada Keadilan (PKR).
"Jadi sebagai Ketua Umum (PH) beliau juga berhak untuk beri pandangan dan cadangan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan 'Selangor International Business Summit 2017' di Pusat Konvensyen Setia Alam, hari ini.
Semalam Dr Mahathir dalam satu sesi dialog anjuran Pro-Waris berkata, sepucuk surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada PH kerana ia memberi 'lampu hijau' kepada PKR terus berhubung dengan PAS.
Tegas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga, PH sebagai suatu gabungan empat parti pembangkang sudahpun bersetuju bahawa tiada lagi rundingan akan diusahakan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Justeru ujarnya PH akan menamatkan semua cubaan PKR berunding dengan PAS menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Rundingan bersama PAS itu dilihat sebagai cubaan PKR untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang pada PRU14 kelak.
Bagaimanapun usaha itu mengundang kemelut dalaman apabila pimpinan PKR saling bertelagah ekoran berbeza pandangan mengenainya sehingga mewujudkan dua kumpulan dalam parti itu.
Ketika ditanya mengenai perkembangan pendirian PKR mengenai kerjasama dengan PAS, Azmin hanya berkata isu tersebut akan dibincangkan secara dalaman dan bukan di khalayak umum.
"Semua perkara yang berkaitan parti akan dibincangkan dalam parti, bukan dalam Utusan," katanya.
Menteri Besar Selangor itu menjadi antara individu yang menggerakkan inisiatif dalam mewujudkan rundingan bersama PAS sebelum ini.
Disebabkan itu, beberapa pimpinan PKR berpendapat ia adalah inisiatif peribadi Azmin, namun beliau menafikannya dan menjelaskan inisiatif itu merupakan mandat parti.
Kemelut dalaman semakin memburuk dengan perbalahan terbuka antara Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya dengan Naib Presiden, Rafizi Ramli, dua pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza mengenai rundingan itu.
“Saya mengajak semua pimpinan supaya tidak bercakaran dalam 'public domain', apatah lagi media yang tidak mesra dengan pembangkang, tetapi semua pemimpin mesti fokus bagaimana kita hendak memperkukuhkan muafakat ini bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Kepentingan negara adalah lebih penting daripada perselisihan pendapat dan pandangan, ayuh kita selamatkan negara.
“Jadi saya tidak ada sebarang komen tentang perkara-perkara yang melibatkan parti kerana saya yakin presiden parti dan parti boleh menguruskan perkara ini secara dalaman dan bukan dalam 'public domain',”ujarnya.
Latheefa awal hari ini membidas Rafizi dengan mendakwa pemimpin itu menggerakkan 'Langkah Kajang' bagi menghalang Azmin daripada dilantik sebagai Menteri Besar.
Dalam pada itu mengulas kecaman yang diterimanya susulan isu rundingan itu, Azmin berkata beliau menanganinya dengan tenang dan sabar.
"Perbezaan memang ada. Obama selalu sebut 'democracy is a noisy process', media kacau, putat belit... ini sebahagian proses demokrasi.. saya kena terima tapi bagaimana kita uruskannya?
"Sebagai pemimpin, kita kena urus dengan baik dan bertanggungjawab. Buat secara dalaman, jangan bising di luar sebab rakyat mahu parti politik bersatu untuk bawa perubahan," kata beliau.
Surat Anwar baru-baru ini bagaimanapun mengesahkan bahawa bekas ketua pembangkang itu merestui rundingan yang digerakkan Azmin.
Demikianlah Artikel Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin
Sekianlah artikel Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir jangan lupa, Anwar juga Ketua Umum Pakatan Harapan, kata Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/tun-mahathir-jangan-lupa-anwar-juga.html