200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf

200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf
link : 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf

Baca juga


200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kira-kira 200 orang berketurunan Bugis berhimpun di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini menuntut Tun Dr Mahathir Mohamed memohon maaf kerana didakwa menghina bangsa mereka.
 
Bekas perdana menteri itu pada himpunan Anti-Najib Sabtu lalu menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkemungkinan berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
 
Jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Tasman Matto berkata jika Dr Mahathir gagal berbuat demikian, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.
 
Tasman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia bertegas Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang memimpin negara selama 22 tahun, beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan menghina sebegitu.
 
“Beliau harus faham kita ada berapa Srikandi, tokoh Bugis. Kita punya Raja-Raja pun ada yang berketurunan Bugis. Hentikan (bercerita) pasal perkauman di Malaysia. Hentikanlah. Kalau Malaysia mahu maju, hentikan soal suku kaum. Kita satu Malaysia, satu rumpun.  
 
“Beliau pun berkecimpung dalam politik. Bagaimana orang Bugis mahu menyokong. Sudah tentu orang Bugis takkan menyokong. Orang Bugis takkan sokong ‘barisan’ itu. Sekarang ini tengah meluap-luap kemarahannya,” katanya kepada pemberita di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, di sini hari ini. 
 
Tasman berkata Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kini boleh melupakan hasrat untuk mendapat sokongan keturunan Bugis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
“Bagaimana anak sekarang mahu menyanjung terus beliau. Bagaimana kita mahu menyanjung beliau jika ucapan seumpama ini seringkali di corong-corong radio ataupun ucapan di dalam arena politik beliau.
 
“Beginikah seorang negarawan, yang bercakap soal kesukuan? Sepatutnya ini tidak berlaku,” tambahnya. 




Demikianlah Artikel 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf

Sekianlah artikel 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 200 keturunan Bugis berhimpun tuntut Tun Mahathir mohon maaf dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/200-keturunan-bugis-berhimpun-tuntut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :