Judul : Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia
link : Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia
Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia
ANTARAPOSSHAH ALAM: Suspek yang didakwa mendalangi ancaman keselamatan terhadap pesta arak, Better Beer Festival mahu 'mengajar' Malaysia, yang padanya sudah jauh tersimpang daripada peranannya sebagai negara Islam.
Suspek yang berusia 19 tahun itu tidak mempunyai rangkaian dengan mana-mana militan dipercayai bertindak sendirian, menjadikan ia lebih berbahaya.
"Dia mahu mengajar Malaysia dan ini mendorongnya untuk belajar bagaimana membuat bom," kata sumber portal The Malaysian Insight.
Remaja pembuat bom dan dua rakannya adalah bekas anggota tentera dan pekerja pembinaan – merancang untuk meletupkan "Better Beer Festival" di Kuala Lumpur, tempat ibadat bukan Islam dan KLCC, tempat minuman keras dijual secara terbuka.
Mereka ditangkap di Pasir Puteh, Kelantan pada Rabu, hari yang sama mereka menguji dua alat peledak yang sudah diubah suai (IED).
Satu daripadanya berjaya meletup manakala satu lagi gagal berfungsi semasa "sesi ujian".
Pada sidang akhbar semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata IED remaja itu dengan mudah boleh membunuh mereka yang berada dalam lingkungan radius 20m hingga 30m.
Sumber berkata remaja, yang merupakan pelajar Tingkatan Enam di Pasir Puteh yang sepatutnya menduduki peperiksaan STPM pada 6 November adalah dalang kepada perancangan itu.
Remaja berkenaan berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana dan merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik.
Ayahnya adalah muazin surau, sementara ibunya suri rumah.
"Dia bijak. Dia tahu apa yang perlu dicari (tutorial membuat bom)," kata sumber itu.
"Dia begitu pintar sehingga mampu membina IED sendiri. Dia teliti. Cara peranti dihasilkan menunjukkan dia tahu fungsi peranti itu dengan baik," tambah sumber itu.
Remaja itu juga menghabiskan masa membuat nota dan melukis segala apa yang dipelajarinya.
Polis juga merampas beberapa IED, paip PVC, penyumpit rekat (glue gun), mercun dan beberapa telefon bimbit.
Difahamkan selain serbuk karbida yang menjadi bahan utama IED, remaja itu juga menggunakan galas bebola (ball bearing) bagi memberi lebih kesan kepada letupan.
Keupayaan remaja untuk memahami butiran rumit dan kerja-kerja mekanikal dalam membina bahan letupan mengingatkan penyiasat kepada pakar bom Dr Azahari Husin yang menjadi dalang kejadian pengeboman Bali pada 2002.
Azahari, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, terbunuh pada 2005 semasa pihak polis melakukan serbuan di tempat persembunyiannya di Kota Batu, Indonesia.
"Ini adalah kebimbangan paling besar. Melihat bagaimana terperinci lukisan dan IED yang dibuatnya, ia mengingatkan kami kepada Dr Azahari," kata sumber itu.
Demikianlah Artikel Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia
Sekianlah artikel Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek ancam letup pesta arak mahu 'ajar' Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/suspek-ancam-letup-pesta-arak-mahu-ajar.html