Judul : Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku
link : Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku
Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku
Dana itu mensasarkan RM75,000 untuk membantu Pengarah IRF, Dr Ahmad Farouk Musa mencabar tindakan pihak berkuasa ke atasnya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis hari ini melancarkan dana khas “Freedom Fund” untuk membantu Datuk Dr Farouk Musa mencabar pihak berkuasa atas tuduhan baru-baru melanggar syarat penceramah mendapatkan tauliah untuk mengajar agama, dan juga pengharaman beberapa buku diterbitkan organisasinya, Islamic Renaissance Front (IRF).
Aktivis Thomas Fann mengumumkan berkata kos mahkamah Dr Farouk mungkin mencecah RM75,000, termasuk sekiranya beliau didenda RM5,000 selepas disabitkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah Persekutuan).
“Kami mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin menyokong Dr Farouk Musa dan membela kebebasan bersuara kita untuk menderma,” kata aktivis Dr Wong Chin Huat, yang mewakili Fann pada satu sidang akhbar hari ini untuk menyatakan solidariti kepada Dr Farouk dan beberapa penulis yang diharamkan buku mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.
Dalam beberapa warta kerajaan dikeluarkan sejak 2 minggu lepas, KDN antara lain mengharamkan 2 buku disunting Dr Farouk, sebuah koleksi esei oleh novelis Faisal Tehrani dan buku seorang ahli PKR, Wan Ji Wan Husin.
KDN turut mengharamkan buku penulis terkenal kelahiran Turki, Mustafa Akyol, “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”, dan judul asalnya “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty.”
Akyol baru-baru ini dijemput IRF untuk siri ceramah di Kuala Lumpur.
Beliau dan Dr Farouk bagaimanapun dipanggil untuk soal siasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana dituduh melanggar syarat mendapatkan tauliah berceramah daripada jabatan itu.
Jawi kemudiannya menahan dan mempersoal Akyol pada 25 September ketika bersiap menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara Dr Farouk pula disoal untuk beberapa jam minggu lepas.
Dr Farouk dijangka hadir di Mahkamah Syariah pada Disember ini diwakili peguam Rosli Dahlan.
Pensyarah di Universiti Monash Malaysia itu juga merancang memohon semakan kehakiman ke atas perintah Jawi dan pengharaman buku terbitannya oleh kerajaan, mengerusi peguam Khoo Guan Huat. Kedua-dua Khoo dan Rosli menawarkan khidmat guaman mereka secara percuma.
“Semakan kehakiman ini dilakukan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia,” kata Fann sambil menambah yang Dr Farouk sudah bersetuju melantik Freedom Fund mengendalikan kempen mengumpul dana daripada orang ramai itu.
Katanya, Freedom Fund akan menyelia derma yang diterima dan mengemas kini perkembangan di Facebook dan juga laman web mereka http://ift.tt/2fUVxNp.
Demikianlah Artikel Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku
Sekianlah artikel Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aktivis lancar dana khas bantu cabar Jawi, pengharaman buku dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/aktivis-lancar-dana-khas-bantu-cabar.html