Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno

Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno
link : Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno

Baca juga


Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno

 
Ahli DAP itu berkata makna kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu telah lama menjejaskan orang Melayu oleh Umno.


zaid-ibrahim-Faisal-Hazis-malaysia-1

KUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata cadangan seorang pensyarah universiti supaya Pakatan Harapan (PH) tumpu kepada isu hak istimewa Melayu dan kedudukan Islam pada pilihan raya umum nanti tidak masuk akal.

Zaid berkata idea salah mengenai makna kedudukan Islam dan “keistimewaan” Melayu sudah lama menjejaskan orang Melayu.

“Satu tragedi jika PH meneruskan naratif Umno/PAS ini,” katanya.

Sabtu lepas, penganalisi politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Faisal Hazis berkata pembangkang perlu memberi tumpuan kepada “naratif Melayu” yang merangkumi kedudukan Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Berceramah di forum bertajuk “Multi-Cornered Contest: Bane atau Boon”, Faisal berkata pada PRU lepas, pembangkang menekankan “inklusif” dan mengabaikan agenda Melayu yang lebih penting kerana mahu “bergaya”.

Zaid menerusi catatan blog hari ini berkata: “Dr Faisal yang bijaksana harus tahu keistimewaan orang Melayu telah menjadi hak istimewa Umno, dan ini memusnahkan asas ekonomi Melayu. Tanpa beban ini, orang Melayu akan menjadi kuasa ekonomi sekarang.

“Sama juga, jika kedudukan Islam di negara ini bermakna kerajaan dapat memupuk idea damai dan progresif, kita tidak akan mengalami undang-undang ‘Taliban’ dan moraliti yang kita hadapi hari ini.”

Ahli DAP itu mendakwa sentimen perkauman Umno, ditambah dengan idea kuno PAS mengenai Islam menarik orang Melayu.

“Untuk memanjangkan pandangan yang menyimpang dari Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu akan bermakna pemerintahan diktator dalam politik dan agama. Tiada rakyat Malaysia, apalagi Melayu, akan lebih baik dengan bentuk kerajaan sedemikian.

“Meminta orang untuk menjadi seperti Umno, Perkasa atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bermakna penularan pembohongan melampau bahawa orang Melayu “diancam”. Ini bermakna lebih banyak orang akan menolak politik inklusif dan progresif.”

Zaid mengakui pembangkang mesti tangani agenda Melayu. Bagaimanapun, ia tidak harus mengulangi versi Umno.

Beliau berkata agenda Melayu PH mesti menjelaskan bagaimana orang Melayu akan mendapat manfaat daripada keistimewaan yang diberikan kepada mereka.

Beliau mendakwa orang mahu mendengar tentang dasar praktikal yang dibuat oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan baik.

“Mereka bosan dengan ahli politik yang menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina Malaysia – seolah-olah tidak ada ketakutan lain selain apa yang dikatakan oleh propaganda Umno.

“Pembangkang dapat menghapuskan ketakutan palsu ini dengan meletakkan bahan sebenar ke dalam makna kedudukan istimewa orang Melayu. Untuk melakukan ini, pembangkang mesti mengatakan apa yang akan dilakukannya untuk membantu orang Melayu secara konkrit dan bukan sekadar mewujudkan ketakutan.

“Sebagai contoh, dalam pendidikan ia boleh mengumumkan orang Melayu yang kurang bernasib baik dan yang berada pedalaman akan diberi keutamaan dalam sekolah elit berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara.”

Beliau berkata orang Melayu yang miskin tidak boleh dibenarkan menjadi warganegara kelas ke-2 hanya kerana anak-anak keluarga Umno atau penjawat awam yang mempunyai hubungan baik mempunyai tempat yang disediakan untuk mereka di sekolah dan kolej terbaik.

“PH mesti memastikan pelajar dan guru terlibat dalam pembelajaran sebenar dan tidak mengibar bendera parti dan mencemarkan minda mereka dengan politik. Pelajar mesti mempunyai pekerjaan yang sesuai selepas tamat sekolah dan universiti.”

Beliau berkata orang Melayu mesti yakin tidak akan ada kebocoran besar dalam perbelanjaan.
Pemberian kontrak kerajaan kepada orang Melayu dan Bumiputera, Zaid berkata, mesti berdasarkan kemahiran dan keupayaan.

“Jabatan kerajaan mesti telus dalam membuat keputusan supaya mereka dapat membantu orang lain dan bukan kawan dan keluarga sendiri.

“Inilah cara kita membantu orang Melayu memahami makna kedudukan istimewa mereka, dan inilah yang orang Melayu ingin dengar mengenai agenda Melayu.

“Apabila bercakap mengenai Islam, kedudukan rasmi agama ini dalam persekutuan tidak boleh bermakna lebih banyak dasar mundur, yang akan berlaku jika pembangkang mengikut jejak langkah Umno/PAS.

“Jika kita terus mengikuti jalan ini, umat Islam akan menolak sains, buku akan diharamkan, lebih ramai orang Islam akan didakwa di Mahkamah Syariah dan akhlak Taliban yang tidak masuk akal akan tersebar ke masjid dan madrasah kita.”

Beliau berkata melindungi Islam bukan bermaksud melindungi PAS, Umno dan badan Islam seperti Jakim, Jais, dan Jawi serta individu yang mendakwa “Islam dihina” apabila ada yang mengkritik mereka.

“Untuk menghormati dan melindungi Islam adalah membantu ribuan belia Melayu yang kini menjadi penagih dadah tegar. Kita perlu mengeluarkan belanja untuk membayar guru agama yang akan mengajar golongan belia nilai-nilai positif agama dan bukan sekadar menimbulkan ketakutan dalam kehidupan setiap orang.

“Kita perlu membantu orang terpinggir menyertai aktiviti sosial dan belajar hidup dengan masyarakat lain. Ini bermakna membantu pelajar Islam membaca dan memahami keadaan sosial kita supaya mereka dapat menangani masalah dengan lebih baik.

“Memuliakan Islam adalah memastikan sekolah agama membantu umat Islam memahami dunia yang mereka hadapi, bukannya menginginkan dunia yang direka oleh para pendakwah untuk mereka.”

Ini, katanya, adalah apa yang orang Islam mahu dengar mengenai naratif Islam dan bukannya DAP akan memusnahkan Islam dan orang Kristian akan mengambil alih negara ini.

Zaid menambah: “Selalunya ada orang Melayu dan Islam bodoh yang akan gembira dengan ketakutan Umno/PAS. Mereka percaya tanpa PAS, Islam akan hilang. Mereka percaya tanpa Umno, orang Melayu akan hilang. Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah hilang. PH jangan bimbang tentang pengundi kelas ini.”

Katanya, orang boleh mendapatkan semua ketakutan yang mereka mahu dari Umno dan PAS jika mereka suka, tetapi ia akan menjadi kesilapan yang tragis jika PH tunduk kepada “naratif fasis” ini.

“Pakatan mesti percaya orang Melayu dan umat Islam berkembang bukan dengan ketakutan tetapi dengan harapan dan keinginan untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Menjadi inklusif dan berusaha menuju perubahan positif adalah cara ke depan, dan ini satu-satunya manfaat nyata yang boleh diberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu.”



Demikianlah Artikel Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno

Sekianlah artikel Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid pesan PH bangunkan naratif Melayu baru, singkirkan agenda lama Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/zaid-pesan-ph-bangunkan-naratif-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: